Nak resepi ke? Tetiba terlebih rajin dan tekak nak makan yang manis-manis. Bahan-bahannya pun ada. Jadi jomlah masak.
* Tepung gamdum 1 cawan
* Tepung beras 1/2 cawan
* Gula merah setengah cawan
* Gula pasir anggarna setengah cawan atau sesedap rasa (nak manis lebihkan)
*Garam sedikit.
Cara memasak.
Masukkan semua bahan-bahan tadi dan gaul sehingga sebati. Kalau ikutkan resepi asal boleh blander or putarkan dengan mixer sampai halus. Sebab semua benda tu tak ada. Gaul-gaulkannya dengan sedaya updata selama beberapa minit dan perap sekurangnya 3 jam.
Nak makan sediri kan bukannya buat jual. Jadi rupa parasnya seadanya sahaja. Janji ada rasa walaupun tak terlalu manis kan.
Dapatlah dalam 7 keping. Lagi satu keping tak ada dalam gambar sebab dah masuk mulut.
Nota Kaki : Walaupun tak sempurna mana tapi rasa tu ada la. Boleh lah buat rasa-rasa. Ada satu makanan ni dah lama tak makan.Bahan dah hampir lengkap tapi tue lah kena cari daun pisang. Rasa macam malas pulak sebab nak kena rebus-rebus bagai ni kan. Tengok lah kalau rajin nanti akan kongsi dan cara masaknya di sini serta resepi seadanya.
kalau kelantan punya, warna putih ;) memang my fav laaa...tp tak reti mkn yg kaler brown gini
ReplyDelete