85 - Pengalaman Kerja Sambilan (Packing Batik Viral @ Shopee)

shaizhar
1

Dalam bulan Oktober 2020 masa tue aku baru sampai kampung kat Alor Setar, Kedah dari Terengganu. Memang mencari peluang pekerjaan. Ada beberapa temuduga dah pergi tapi tak dapat-dapat. Zaman covid -19 memang mencabar nak cari pekerjaan. Akhirnya aku dapatlah tawaran kerja dekat Kedai Borong Batik ini berhampiran dengan rumahku. Depan jalan besar dekat sekolah menengah ku dulu.

Order semua masuk kat account shoppee. Wajib lah ada smart phone. Aku bernasib baik sebab dapat buka order dari company phone. Time ini semua orang duduk rumah dan membeli online kan. Time ni juga produk ini tengah viral. Ini memang gambar cilok dari google kat dalam kedai tu. Kalau stok baru datang memang bertimbun-timbun lah kain-kain batik tersebut. Kain sarung/pelikat untuk lelaki pun ada tapi tak banyak pilihan corak dan warnanya.

Yang tak bestnya waktu kerja 10 pagi hingga 10 malam. Gajinya ikut per hari tak sampai RM 40 pun. Disebabkan susahkan dapat kerja. Aku terima sahajalah tawaran kerja sambilan bungkus batik ini. Prosesnya kena lihat order dan ambil ikut corak dan warna kemudian packing dan lekat alamat. 

Yang tak bestnya lagi kalau salah hantar akan di tolak gaji dan corak serta warnanya kebanyakkan seakan-akan. Di pendekkan cerita dekat gambar phone warnanya tak sama dengan produk kat tangan. Gitulah ceritanya. 

Yang part best pulak sebab dekat dengan rumah ayah aku selalulah dengan rajinya hantar bekal atau beli makan bagi kat anaknya. Maklumlah anak dia dah 22 tahun lebih kerja di KL. Lagipun time tue kewangan aku memang gawat giler. Bagi duit dekat anak pun ikut mana yang mampu sahaja.
Ownernya ok dan baik lah juga. Kalau dia stayback sampai malam dia akan order dan belanja makan. Tapi selalunya dia akan belanja air sebab kedai makan sebelah kedai ini sahaja.

Akhirnya kerja sambilan ini bertahan 3 minggu sahaja. Sebelum aku memberhentikan diri sendiri. 

Nota Kaki : Ada pengalaman kerja tetap tapi bertahan 4 bulan sahaja selepas pekerjaan ini. Ada yang nak tahu ke?





 

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. byk betul ur working experience. kagum!!!! kiranya kaya dgn pengalaman gitu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !