107 - 'Graduation Nite & Dinner METNEP 2023' @ Hotel Armada Petaling Jaya

shaizhar
2



Hari kejadian ialah pada Sabtu 28/10/2023. Bergerak selepas maghrib dalam hujan yang membasahi bumi. Sampai di Hotel Armada dalam 7.45pm

Tahun ke 2 menghadiri Graduation Night & Dinner anjuran x company tempat kerja lama.

Aturcara majlis. Banyak sangat anugerah sampaikan waktu makan sekitar 9.30malam.

Duduk di meja no 14 berhampiran pintu dan makanan. Memang setable dengan X Staff lain. Kiranya reunion tahunan kami lah.

Kasi tempek satu gambar dalam persalinan baju putih dan bercorak biru. 

Dimulakan dengan tomyam ayam. Rasanya sedap dan masam2 pun cukup. Makan ini dulu sebab untuk bahagian lauk pauk memang tengah Q panjang. Anggaran tetamu termasuk Vvip dalam 200 orang.

Keropok lekor yang agak liat serta gado-gado.

Nasi ulam dan meehoon goreng. Masa round akhir ambil makanan tengok banyak lagi nasi ulam ini mungkin sebab ramai orang tak reti/biasa makan kot.

Ini antara lauk pauk yang ada. Satu je yang tak best pinggannya adalah kecik. Ada ayam masak lemak. Sayur campur dengan sotong. Sambal udang, ikan bakar dengan air asam serta kari daging. Ambil nasi putih sikit je sebab dah ratah lauk. Adalah susah nak makan sebab udang dia tak buang kulit dan pinggannya sangat kecik.Kenapakah?

Menu pencuci mulut. Ini daripada restoren anak my x bos yang terletak di USJ. Semuanya sedap-sedap.
Yang tak ada dalam gambar ialah pencuci mulut daripada hotel termasuk buah-buajan. Ambil tembikai dan rasa keknya pun biasa-biasa sahaja.

Nota Kaki : Alhamdulillah rezeki dapat makan free dan jumpa kawan-kawan. Terima kasih x bos dan tempat kerja lama sebab jemput ke majlis tahunan syarikat ini. Semoga ada rezeki untuk dijemput di tahun akan datang. A-Min











































Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. so far tak pernah lg mkn2 kat hotel armada tu...baik betul ur ex boss ajak ex staff utk event mkn2...rare jugak tu

    ReplyDelete
  2. bagusnya company ni siap jemput ex-staff datang event.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !