Pertama kali bisnes online ialah dalam bulan 11 tahun 2020. Zaman covid kan. Jadi apa sahaja peluang yang ada kena diambil untuk menambahkan pendapatan. Ada group whatsapps khas untuk ajar macam mana nak buat marketing dan lain-lain. Masa ini aku daftar bawah seorang pelatih nurses. Baik orangnya dan banyak membantu. Team leader je macam 'cerewet' sikit dan tak ngam dengan aku. Kenal pun dalam group whatsapps ini je pun.
Memang bisnes dia tanpa pakai modal dan simpan barang/produk. Tapi tue lah agent dan dropship dia bersebah dan banyak. Tengok nombor id aku dah yang ke 68268. Giler kentang banyak kan? Nak order semua pakai apps dia je. Kat mana berada pun boleh beli ikut cawangan berhampiran dengan tempat tinggal customer. Bermula dari sini lah aku jadi juga runner delivery produk mamasab. Ingat lagi 26.12.2020 hari pertama datang ke cawangan Mamasab ketika itu aku tinggal di kampung kat Alor Setar. Merata juga lah tempat aku pergi time tue.
Nota Kaki : Hanya tinggal kenangan. Sekarang ini ada kerja sambilan yang dah lebih 6 tahun buat sejak anakku lahir tapi tak nak review dan dedahkan dulu. Tak tahu kenapa/ Mungkin satu hari nanti.
ok ker income masa u buat bisnes mamasab ni? zmn pkp tu mcm famous gak brand mamasab ni
ReplyDelete