Ingat-ingat lupa dah pengalaman ini. Apa yang ingat kita akan diberi tarikh selepas semua borang permohonan diserahkan.
Pada hari kejadian bekas isteri ditemani ayah dan maknya. Tapi mereka tak boleh masuk ke dalam.
Semua pasangan yang nak bercerai di kumpulkan dalam satu dewan dan akan melaluinya mengikut giliran. Dapatlah tengok kisah-kisah mengapa, kenapa dan sebab apa pasangan lain nak bercerai. Ada isteri yang hadir sendiri dan berkali-kali naik turun mahkamah tapi masih tak settel. Ada pulak kisah hanya satu pihak yang setuju cerai dan satu lagi tidak dan macam-macam cerita lagi.
Bila tiba giliran sendiri.Hakim akan bertanya itu dan ini. Apa yang perlu dijawab ialah memberi jawapan yang jujur.Sesuatu yang keluar dari hati dan bukan disimpan-simpan. Saat hakim suruh melafazan talak apa yang perlu di buat ialah istifar banyak2 dan tarikh nafas dan lafazkannya dengan sempurna.
Akhirnya telah terlulis 13 Oktober 2023 merupakan tarikh percerian antara aku dengan bekas isteri. Kami tidak berebut hak penjagaan anak.
Dan kisah selepas perceraian ialah pasangan perlu membatalkan surat pernikahan terdahulu ini adalah bertujuan untuk melancarkan proses di kemudian hari. Manalah tahu akan ada perkahwinan kedua dengan pasangan baru kan?
Nota Kaki : Selepas perceraian aku melalui fasa kehidupan yang tak mampu di ungkapkan dengan kata-kata. Paling lama tempoh tak jumpa dengan anak ialah 4 bulan kerana pada bulan hujung Oktober 2020 - Februari 2021 aku berada di kampungku di Alor Setar Kedah. PKP ketika itu sangat ketat dan tidak boleh merentas daerah dan juga negeri kalau tak silap. Nasiblah sekarang boleh video call jadi dapatlah melepaskan diri dengan anakku.
moga terus tabah...ujian hidup setiap org adalah berbeza2
ReplyDelete