77 - Pengalaman Kerja dari 1998-2023

shaizhar
5

 

Company Pertama. 17/2/98-17/8/2010
Bermula sebagai Customer Service Assistant. Selepas 3 tahun lebih dapat tawaran masuk kerja pejabat sebagai Kerani Khidmat Pelanggan. Pernah juga jadi Kerani Operasi, Kerana Jualan, Kerani Pemasaran, Kerani Acara (3 bulan), Kerani Sumber Manusia sebelum jawatan terakhir sebagai Setiausaha.

Company Kedua. 18/8/2010-31/10/2011
Dari industri Pelancongan 'terjun' ke industri oil & gas memang mencabar sebab tak faham terma-terma yang dipakai. Kerja kat sini selama 1 tahun 4 bulan lebih kurang sebagai Pembantu Sumber Manusia sebelum berhijrah ke company ke tiga.

Company Ketiga. 04/01/2012-30/09/2020
Akhirnya impian jadi kenyataan. Kerja dalam industri yang paling digemari iaitu penerbitan. Bermula sebagai Eksekutif Jualan kemudiannya Eksekutif Pemasaran sebelum berpindah menjadi Penyelia di Pasar Mini dan akhir sekali jawatan di sini sebagai Eksekutif Sumber Manusia. 

Company Ke Empat hanya bertahan 3-4 Minggu di industri F&B. Restoren kenalan di Terengganu. Masa ini dalam proses bercerai. Selepas semuanya selesai family suruh balik kampung di Alor Setar Kedah.

Pada tahun 2020 di zaman covid-19 memang mencabar nak mendapatkan pekerjaan. Masa ini apa sahaja kerja kosong memang buat sahaja. Jadi pekerja sambilan proses order dan packing di kedai batik viral berhampiran rumah. Banyak juga interview yang dihadiri tapi mendukacitakan sehinggalah dapat kerja sebagai cleaner di PPR pertama di Bandaraya Alor Setar. Mungkin ini takdir yang telah tersurat jadi terima sahajalah apa sahaja peluang yang ada sebab ada anak nak kena tanggung. Kalau sorang diri mungkin lain ceritanya. Sementara tu buat juga food rider delivery mamasab. Mencabar nak handle produk kek terutama jika keknya jenis cepat cair.

Akhirnya tahun 2021 dalam bulan Apri kembali semula ke Lembah Klang dan menyewa di Kampung Tunku, Petaling Jaya sambil-sambil buat delivery food rider mamasab lagi. Akhirnya selepas 7 bulan buat keputusan untuk cari kerja dengan pendapat tetap. Ada la kerja 3 hari dekat Covid Center sebabkan tak ada offer letter dan skop kerja carca merba terus resign 24 jam.

Pengalaman kerja seterusnya dalam bidang Textile nun jauh di Alam Damai, Cheras. Hanya mampu bertahan hampir 4 minggu. Skop kerja dia sangat di luar kemampuan dan lokasinya pun jauh jadi memberhentikan diri sendiri dengan notis yang tak mencukup.

Kemudiannya dapat peluang pekerjaan sebagai Admin di sebuah syarikat pengendali latihan khas untuk nurses di USJ, Subang Jaya. Suasana kerja dan skop kerja sangat baik tapi hanya melakukan kerja yang sama sahaja. Mampu bertahan 6 bulan sahaja dan kemudiannya mencari peluang pekerjaan lain pulak.

Bermulalah episod bekerja dengan JMB (Joint Body Management) Badan Pengurusan Bersama yang menguruskan hal-hal kutipan bayaran maintenance bulanan serta bil air. Urusan berkaitan kebersihan, keselamatan dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Pengalaman pertama kerja dalam bidang ini direct dengan JMB di Seksyen 13, Shah Alam. Menguruskan kawasan Pangsapuri yang didiami oleh berbagai bangsa dan majoriti pemiliknya adalah melayu. Yang tak best kerja sini sebab Manager dia masuk air dan tak cekap buat kerja. Kemudiannya Senior Staff kat sini buat hal dan tak datang kerja lebih 1 bulan jadinya aku terkontang kanting buat kerja sendiri dengan Manager yang ntah apapatah tu. Akhirnya selepas 3 bulan aku berhenti tak tak berminat nak sambung.

1 Oktober 2022 mendapat tawaran kerja di syarikat sekarang. Dibawah company HPM. Site pertama hanya 3 bulan sahaja di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam sebelum berpindah ke site sekarang di Zenith, Kelana Jaya yang bakal berakhir 30 September 2023. Kemanakah lokasi tempat kerja seterusnya?

Nota Kaki : Ke mana sahaja tempat tersebut semoga semua dipermudahkan. A-Min.












Post a Comment

5Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. byk sungguh ur working experience! moga2 dipermudahkan urusan di tempat keje baru nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ. Masih di company yang sama. Cuma site je kat tempat lain.

      Delete
  2. Banyak pengalaman kerja tu, kalau apply kerja di tempat lain Insha Allah senang dapat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !