31 Ogos dan 1 September 2023 duduk rumah je. Masak apa yang ada sebab gaji lambat masuk. Jadi semua yang dirancang tak menjadi kenyataan.
2 September 2023 di hari sabtu melawat kawasan lama di Pasar Tani Kelana Jaya.
Ni kawasan jualan ikan, ayam , daging dan yang sewaktu dengannya.
Ni pulak kawasan menjual sayuran dan macam-macam lagi. Kiranya macam-macam ada.
Ada juga tempat jualan makan-makan siap dengan kerusi dan meja. Ada macam-macam makanan dan minuman. Antara salah satu yang menarik minatku ialah ini (seperti diatas)
Laksa sarawak harganya ialah RM 7.50. Kat sini juga ada jual Mee Kolok. Mungkin akan beli di lain kali.
Selepas dituang kuahnya. Tak ingat bila kali terakhir makan laksa sarawak. Tapi rasanya boleh diterima la. Seperti ada kekurangan sesuatu. Tapi tak pasti apanya. Makanan untuk tengharinya.
Menu sarapan hari ini. Ketupat palas 5 ketul RM 10 dan rendang daging RM 10. Mewahkan sarapan pagi ini. Kali terakhir makan masa Hari Raya Puasa baru-baru ini. Yang best kat gerai ini. Ada sampel boleh rasa-rasa dulu.
Selepas. Baki rendang tu simpan untuk makan dengan nasi
Hari Ahad 3/8/23 sarapan roti canai pulak. Kat gerai ini memang kena Q panjang.Dah lama tak makan kan. Jadi kena sabar menanti lah.
Akhirnya dapatlah merasa juga kuih viral ini. Kelapanya macam terlebih masin sikit, Adalah bau daun pandan dan bukannya pakai pewarna . 4 ketul berharga RM 2.50 je.
Nota Kaki : Demikianlah aktiviti cuti merdaka kali ini. Mungkin ini yang terbaik. Duduk umah diam-diam. Main masak-masak dan makan-makan sepuas hatinya.
Laksa Sarawak tu nampak mcm takde limau, sambal dgn bawang goreng. Daun ketumbar pun sikit je.
ReplyDeletesemua mknn nmpk sedap ;)
ReplyDelete