Hari kejadiaan ialah pada 7/9/23. Di satu petang pada hari rabu dan lokasinya di Pasar Rabu @ Tapak Pasar Tani Kelana Jaya. Waktu bermula dari 12.00 Tengahari - 7.00 Malam atau sebelum maghrib.
Senarai Harga. Boleh tahan juga bezanya antara ikan, ayam dan daging. Jom lihat apa yang aku order.
Nasi Bamboo Keli Berlado RM 8.00. Ya, nasinya memang dimasak dalam buluh. Ada tambahan sambal lain juga (yang sebelah kanan tu)
Rupa parasnya. Nasinya berbau harum sebab dimasak didalam buluh dan beralas daun pisang. Sambal berladonya pun cukup rasa tapi berminyak. Sambal hijau pun sedap juga dan tidak terlalu pedas.
Dan selepas.. Yang tinggal hanyalah tulang dan plastik.
Nota Kaki : Bila dah petang-petang memang dah tak banyak makanan & minuman yang tinggal. Nak banyak pilihan kena pergi waktu tengahari.
saya pernah mkn sekali jer nasi bambu ie masa otw nak pegi holiday kat sungkai
ReplyDeleteTak pernah try lagi nasi bamboo. Tu dia licin ikan tinggal tulang!
ReplyDeletenampak sedap nasi dengan lauk keli tu
ReplyDelete