74 - Kisah Benar : Hilang Kaki Kiri Akibat Minum Air Berkarbonat

shaizhar
1

 

Kuala Lumpur: Pada usia 18 tahun, pemuda ini sudah disahkan menghidap diabetis kronik atau kencing manis hingga kaki kiri terpaksa dipotong, Mac lalu.

MM (*singkatan nama), 21, berkata, dia mula meminum minuman manis dan berkarbonat sejak berusia lapan tahun lagi.

"Kemuncak pada penyakit saya ini apabila kaki mula bengkak dan terdapat gelembung air. Pada awalnya saya sangka ia gelembung biasa, dan saya pergi bekerja macam biasa dan sembunyikan kesakitan.

"Lama kelamaan ia semakin teruk hingga saya dimasukkan ke wad di Hospital Kuala Lumpur.

"Saya ditahan selama dua minggu. Doktor memaklumkan, kaki saya sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Kalau simpan juga, dibimbangi kuman boleh merebak ke otak.

"Selepas dua hari barulah saya memberikan keputusan dan bersetuju kaki dipotong. Nak tak nak, saya perlu akur dan ini adalah jalan terakhir dan terbaik," katanya kepada Harian Metro.

Dia yang bekerja sebagai pengendali makanan di sebuah restoran makanan segera berkata, dia kini masih menyesuaikan diri dengan keadaan dirinya selain dibantu rakan serumah. *sumber dari Harian Metro


Nota Kaki : Muda-muda dah kena kencing manis dek kerana tabiat sejak usia muda. Jadi hati-hati pada yang suka manis-manis tu ye. *Peringatan untuk diri sendiri juga.



Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Takutkan, aku sekarang pun kalau keluar jer laa minum kopi, kat rumah, banyak minum air suam jerr tapi sejuk hahahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !