Bihun goreng @ Meehon Goreng mana satu? Ini resepi versi tak pedas dan penuh dengan sayur-sayuran. Hari selasa kat area umah ada pasar malam. 3 pinggan RM 5. Jadi beli la 3 batang lobak merah. 1 bungkus bebola sayur dan sayur tu (tak tahu namanya). Rasa macam berbaloi je dengan harga tu.
Ini menu uji kaji. Lebihan sambal petai ikan bilis + kari menjadilah Bihun goreng seperti ini. Pelik kan tapi benar? Sedap je rasanya. Selalu makan dengan nasi je kan.Kita olah jadi sesuatu yang baru.
Kat rumah ada stok sardin. Jadi sahaja lah buat Bihun goreng letak sardin didalam tin. Mula-mula makan panas-panas memang sedap. Tapi bila makan kali kedua memang tak boleh masuk dah. Inilah kali pertama dan terakhir letak sardin dalam Bihun.
Nota Kaki : Memang selalu je masak Bihun goreng ini sebab makanan kesukaan sejak kecil lagi. Mampu je habiskan 1 bungkus seorang dari sarapan, makan tenghari sampai ke makan malam.
So, aku boleh digelarkan sebagai 'Hantu Bihun". Tapi kurang suka sikit kalau buat bihun sup sebab bukan spesis yang suka sup2. Kalau buat kari-kari lebih suka pakai mee.
letak sardin mungkin sebab akan rasa muak bila dah sejuk tu kot? anak anak rumah ni suka mihun
ReplyDeleteBetul tue. Bukan sahaja muak. Tapi macam loya sebab sardin tin kan.
Deletewaaa boleh geng la sbb i pun hantu bihun hahhaha
ReplyDelete