Pada 19/9 & 20/9 aku kena pergi ke Site SS 2 sebab Admin dia baru berhenti 24 jam. Jauh sikit la daripada tempat sekarang tapi tak ada lah sejauh site kat Bandar Kinrara.
Dah lama tak merasa ofis kat GF. Kali terakhir masa tahun lepas 3 bulan kerja kat JMB Pangsapuri Perdana, Seksyen 13, Shah Alam.
Meja front desk atau admin kat bahagian depan. Kabel internet sini memang sensitif. Adui. Kat site sini pakai system CSS sama macam site di Menara U dan Pangsapuri Perdana dulu. Sebabkan dah 9 bulan tak pakai system ini kena sessi refersh balik la dengan Senior Staff.
Belakang ini meja BE (Building Executive) dan BM (Building Manager). Khabarnya management office di sini paling kecik berbanding site-site lain.
Ada 2 block shop lot dan 42 tingkat Residence (Service Suite) dan ada juga yang buat office. Ayuh! site visit naik ke tingkat paling atas.
Masa ini tengah gerimis mengundang. Jadi tak berlama-lama pun. Kawasan Gym pun tak singgah.
Ini semua Restoren kat shop lot. Semuanya sangat diragui Halalnya. Jadi masa hari pertama berjalan kaki makan kat warung di bawah rumah pangsa kat situ. Hari kedua makan meehoon yang beli masa waktu datang kerja.
Nota Kaki : Tunggu lah Director punya arahan. Kena transfer sini atau site lain. #redha.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.