678 - Kembali ke Kuala Lumpur @ Central Market - Selangor Travel Fair 2026 & Fun Topia

shaizhar
3

 

Akhirnya kembali ke Central Market. Gambar asalnya memang ramai orang. Tapi dengan bantuan ChatGPT dah buang semua orang kat situ. Ha ha ha. Sebab ada minah salleh seksi sangat kat gambar tu.

Macam biasalah terpengaruh dengn FB. Lalu - lalu je. Jadi datanglah, buang masa. Macam biasa naik LRT dari PJ ke Central Market.

Ada pelancaran petang itu oleh Exco Pelancongan Negeri Selangor.

Antara Both pameran yang ada.

Tersangkut kat sini sebab berkumandangnya lagu Negaraku & lagu negeri Selangor. Eh! ada juga manusia yang tak reti ye.Main jalan je bila lagu Negaraku ke udara. Tak gi sekolah ke? Eh! tak ada kesedaran sungguh orang macam ini. Perkara asas kot belajar masa sekolah.

Harga menarik ni. Tapi tu lah. I is belum Gaji. Jadi tengok - tengok sahajalah.

Banyak jugalah both yang ada kemungkinan dalam 20-30 atau lebih sikit. Tapi patutnya buat kat tempat yang tertutup dan penyertaan lebih menyeluruh. Kenalah ada hotel & resort di negeri Selangor. Tempat menarik, pakej aktiviti dan pelancongan serta taman tema di negeri ini.

Farm Fresh pun ada.

Ini sekitar suasana both di depan pintu masuk Central Market.

Yang manis - manis pun ada. Sahaja mengugat keimanan kan. Nasib jiwa kental.

Ada juga dari Selangor Fruit Village. Lama tak bawa Najla Nazihah ke sini. Harap - harap lepas dapat bawa masa cuti sekolah akan datang.

Jual makanan tradisi pun ada. Punten dah lama tak makan. Ada yang pernah makan tak?

Kat tepi Central Market biasanya ada jualan makanan & minuman. Minggu ini  event Funtopia. Maaf huruf 'patah' dan tumbang. Mungkin material tulisan pintu gerbang ini tak sesuai.

Antara gerai jualan.

Hanya lalu, tengok dan jeling - jeling sahaja.

Banyak juga gerai jualannya mungkin dalam 20 lebih atau kurang.

Lagi yang ada. Macam - macam ada. Siap duit sahaja.

Buah strawberry pun ada. Dah lama tak makan.

Nota Kaki : Berjalan menuju ke lokasi seterusnya. Ke manakah?

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Menarik event ni. Tapi aku event bersesak2 tempat panas ni malas nak datang 😅 kang lencun berpeluh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sesak sangat pun. Kena pandai2 mengelak kalau nampak orang. Tapi dalam CM memang ramai manusia terutama pelancong.

      Delete
  2. Seronok betul dapat cuci mata tengok pelbagai jualan dekat Central Market, meriah suasana karnival pelancongan Selangor berserta pesta makanan Funtopia.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !