Insya-Allah niat yang dah lama tertangguh dari zaman bujang akhirnya akan berjaya direalisasikan dalam sedikit masa lagi. Intai - intai yang ini, tapi tu lah lokasinya jauh di Johor. Lagi pulak bayaran tak boleh keluar duit Akaun ke 2, KWSP.
Alhamdulillah pada bulan Dec'25 aku ada hadiri Taklimat terbuka + Temuduga dari Kolej ini. Lokasinya di tengah - tengah KL berhampiran Maju Junction.
Boleh keluar guna Akaun ke 2 KWSP. Pengambilannya adalah sepenuh masa tapi untuk yang kerja boleh masuk kelas seminggu sekali.
Aku nak sambung belajar apa? Ya! rancangannya nak sambung belajar dan ambil Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) bidang Uurut Terapeutik & Penjagaan.
Pengajian lebih kurang 2 tahun dan ada semester macam yang lain juga.
Nota Kaki : Tunggu surat tawaran selepas raya puasa nanti yakni sebelum hujung bulan 3 dan kelas bermula pada awal bulan April 2026.
Semoga semuanya dipermudahkan. Dulu pernah terfikir nak sambung belajar kat Open Universiti. Tapi tue lah. Tak tahu macam mana. Kita tunggu dan lihat lepas ini macam mana.



Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.