500 - Urusan di JPN, Putrajaya (My Kid Najla Nazihah 'Hilang')

shaizhar
0

 

Hari kejadian adalah pada Khamis, 29 Januari 2026. Di sebabkan cuti tahun 2025 yang dibawa ke 2026 masih banyak dan ada 3.5 hari jadi habiskan 0.5 harinya pada hari ini.

Lokasi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya. Kesnya ialah buat My Kid Anakku Najla Nazihah yang kehilangan.

Bertolak lepas habis kerja jam 1.00 petang sampai di JPN Putrajaya dalam 1.35 petang. Perjalanan yang sangat lancar.

Dah tahun 2026 semuanya kini tanpa tunai. Macam mana warga 'emas' yang usia 60 tahun ke atas yang biasanya guna Tunai terutamanya di kawasan kampung dan terpencil. Mungkin tunai masih diterima kot!

Infomasi yang berguna. Jadi tak perlu lagi nak tersalah pergi arah tujuan yang salah. Jadi untuk tujuan aku hari ini kena naik ke aras 3.

Beratur kat kaunter. Di beri borang untuk isi. Lepas isi baru dapat nombor giliran. Lepas tu kena tunggu depan kaunter 11 & 12.


Ini borang perlu di isi untuk tujuan kehilangan My Kid. Bayaran? Alhamdulillah, pada masa waktu dan ketika aku datang ini tiada bayaran dikenakan. Melalui sumber ChatGPT denda kehilangan RM 100 + RM 10 untuk kehilangan pertama. Nasib aku tak kena bayar apa - apa pun.

Alhamdulillah dalam 2.45 petang dah siap urusan di sini.

Nota Kaki : Kalau hilang lagi My Kid Najla Nazihah lepas ini, jangan harap aku nak datang buatkan lagi. Tunggu jelah buat My Kad masa umur 12 tahun nanti. Insya-Allah 14.06.2029 lagi 3 tahun 5 bulan.















Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !