503 - Ini Harinya (Family Day 1/2026) Keluargaku - Episod Awal

shaizhar
1

 

Dari kiri, barang eletrik, beg eco produk sample, beg 99oren peralatan, beg biru lagi sample produk makanan dan beg putih adalah beg pakaian. Persiapan macam nak pergi duduk seminggu.

Bertolak dari Kelana Jaya dalam 10.15 pagi. Singgah sarapan di area Bandar Sunway dan beli seluar Najla dekat Pasaraya Karnival.

Selamat tiba sekitar 1.30 petang,. Ini bilik No.2, bilik daddy.

Ini bilik tempat tidurku untuk sepanjang percutian 'Kami'.

Bilik No. 1 untuk Najla Nazihah dan Mummynya. Memang sunyi sepi sebab tak ada orang lain selain kami di sini. Sangat privacy.

Suasana kolam 'renang' yang penuh dengan dedaunan.

Masa untuk melawat kawasan.

Menuju ke tepi sungai. Ada pondok ini di tepinya.

Aksi budak senyum sampai ke telinga sebab dapat bercuti dengan Daddy & Mummy selepas sekian lama.Selalunya kalau keluar bertiga pun sekejap sahaja.

Perjalanan di teruskan menuju ke tapak perkhemahan.

Ini kawasan tapak perkhemahan. Memandangkan cuti panjang Thaipusam & Hari Wilayah mungkin itu antara penyebab tak ada pihak sekolah/kolej/universiti yang menganjurkan perkhemahan di sini.

Lagi sekitar suasana kawasan padang yang lapang itu.

Ada juga chalet - chalet kecil yang macam ini. Tak pasti masih berfungsi atau macam mana.

Suasana sekitarnya, dalam perjalanan untuk pusing balik ke kawasan chalet tempat penginapan kami.

Inilah lokasi Family Dady Keluargaku yang 1/2026. Akan ada program seterusnya selepas ini.

Gambar anakku yang sebenarnya dah tak sabar - sabar nak mandi sungai. Padahal masa ini baru pukul 2.30 petang.

Ini pejabatnya, pemiliknya tak ada masa kami check in sebab ada kat luar. Hanya pekerjanya yang bagi kunci bilik. Baki bayaran semua dan dibayar sebelum sampai ke sini.

Gambar ehsan dari mummy dia. Masa untuk 'berkubang' aduh! dah tahu jauh, napalah tak kasi zoom itu gambar. Erm...

Lagi gambar aksi dua beranak dalam sungai.

Simpan sini buat kenangan. Kemudiannya sambung 'berkubang' kat dalam kolam 'ala - ala renang' depan chalet kami itu.

Nota Kaki : Dalam pukul 4.30petang kami dah naik dan kembali ke chalet untuk bersihkan diri dan urusakan apa yang patut dalam pukul 5.15 petang terus gerak keluar pergi dinner.

Aku bawa mereka ke kawasan Antara Gapi. Makan malam di situ dan sebelum maghrib dah balik ke penginapan. Hujan rintik - rintik mengiringi kepulangan kami. Malam ini masing - masing tidur awal sebab kepenatan sebab banyak telan air.

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !