Selepas urusan di JPN selesai terus pusing - pusing sekitarnya. Ada event. Ini gerai 'Pengakap'.
Ada gerai jualan t-shirt dan pakaian serta topi.
'Kembara' pernah dapat free sample dari seller ini. Tapi harga product dia memang 'Kayangan' mungkin sesuai untuk T-20 yang pergi bercuti kat oversea.
Ada pameran kenderaan juga yakni Kereta.
Ada juga pameran dan jualan produk 'Outdoor' ni. Ada jual khemah, peralatannya serta pisau dan alatan lain yang sama waktu dengannya.
Ada juga pameran di dalam dewan. Jom kita masuk.
Ya. Acara di sini ialah 'Hari Terbuka Putrajaya'.
Tarikh: 29 Januari – 1 Februari 2026
Masa:
-
Khamis (29 Jan) hingga Sabtu (31 Jan): 9.00 pagi – 6.00 petang / 10.00 pagi – 10.00 malam (bergantung sumber)
-
Ahad (1 Feb): sehingga sekitar 5.00 petang / 10.00 malam (bergantung program tertentu)
📍 Lokasi
-
Tempat utama diadakan:
📌 Kompleks Perbadanan Putrajaya & Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
Antara yang berjualan di dalam dewan ini.
Macam - macam ada. Ini baru sikit. Jom kita tengok apa yang ada lagi.
Ada juga Pameran & Jualan Kucing & produknya.
Kalau Najla Nazihah tahu ini, mesti dia ajak datang. Tapi sejak dua menjak ini asyik nak suruh bawa pergi Zoo je nak jumpa Capibara. Tak tahu kenapa dia minat sangat dengan binatang tu.
Ada jualan ikan laga & hiasan. Waktu kecik Anakku Najla Nazihah memang suka ikan sampaikan suruh beli ikan laga nak letak dalam balang ikan dan suruh beli dekat Kedai Eco.
Lagi koleksi ikan laga yang berwarna warni.
Kat luar pulak ada juga gerai jualan lagi.
Amaran: Cerita ini memang penuh dengan gambar.
Ada juga jualan Popcorn. Nasib belum gaji. Jadi 'jiwa' membeli memang dah kunci rapat - rapat.
Ada lagi pameran Decathlon. Tak pergi pun masuk area sini. Hanya mampu lalu je.
Petang hari pertama memang akan sepi sebab hari biasakan yakni Khamis.
Port OOTD. Masa ini ada orang asyik bergambar dan bervideo. Jadi aku menjadi malas nak selfie.
Akan bersambung di episod akhir.
Nota Kaki : Alhamdulillah jiwa sangat kental dari membeli apa - apa di sini.


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.