Akhirnya 05.02.26 telah berlangsung Kelas Cipta Video melalui Capcut / Tik Tok Business
Lokasi di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya.
Baru tahu ada Kafeteria kat sini. Tak sempat nak masuk.
Kelas berlangsung di Dewan Ilmu.
Kaunter pendaftaran. Macam biasa sekarang, semuanya daftar pakai scan QR Code je.
Cadangan: Lepas ini kenduri kawin atau apa2 majlis penganjur buat je pendaftaran pakai QR Code boleh dapat maklumat siapa yang datang. Ok tak?
Susun atur kelas tersebut. Ada dalam 45 kerusi.
Di mulakan dengan sarapan pagi nasi goreng + telur mata dengan kopi o
Nasi goreng yang sedap. Cukup semua rasanya. Kalau ikut hati nak je ambil lebih. Ha ha ha.
Cikgu yakni coach yang mengajar kelas untuk hari ini. Coach Syaril.
Antara nota kelas hari ini.
Aturcara program hari ini. Ada group Whatsapps juga di wujudkan sebelum program ini.
Menu makan tengahari. Ikan sambal, sayur masak lemak, timun dan sambal belacan.
Ini kelas belajar ke kelas makan? Ha ha ha. Alhamdulillah syukur untuk rezeki hari ini. Tapi tulah pilihan menunya macam tak sesuai sikit lah kan. Patutnya order yang simple macm ayam goreng kunyit dan sayur campur dan yang tak berkuah ke. Tapi... yang penting licin. Menu minum petang pun ada yakni cucur udang (Tak ambil gambar).
Waktu rehat 1-2.15 petang bersantai dan beraktiviti di dalam perpustakaan.
Dalam 2 petang gerak - gerak balik masuk ke dewan belajar.
Macam biasa lepas kelas ada penilaian selepas kursus.
Nota Kaki : Terima kasih kepada pihak pengurusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang sentiasa membantu penduduk kawasanya terutama Usahawan untuk menimba ilmu dan belajar sesuatu uantuk kebaikan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa.
Rata - rata yang hadir dalam ini berusia antara 30-50 tahun. Ada je yang bawah 30 tahun tapi tak ramai. Yang umur 50 tahun ke atas pun ada.
Kesimpulan : Tenaga pengajar ini 'coach' mengfokuskan lebih 90 peratus pada Tik Tok berbanding CapCut. Masa kelas ajar CapCut bukan main laju lagi mengajarnya tak tahulah yang lain boleh 'tangkap' atau tidak. Alhamdulillah, aku ada kemahiran guna CapCut walaupun tak adalah pandai mana kan.
Dalam kelas ini tugasan kena buat dan hantar dalam group whatsapps + kena buat live juga. Jadinya aku terpaksalah guna akaun kecik tik tok aku yang baru 5000+ follower. Makanya, akaun tu pun dah berjaya buat live pertama selama 40 minit. Terpaka "sembunyi' akaun besar sebab jumlah followersnya kan ramai sangat. Lagipun follower coach tu baru dalam 100k lebih berbanding aku yang dah 200k __
Yang kesian ada juga yang followers bawah 50 orang tak boleh nak terus buat live pertama.





.jpeg)



.jpeg)



.jpeg)



Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.