246 - Cerita Syawal : Agro Fiesta 2024 @ AEON Alpha Angel Wangsa Maju

 

Lepas open house raya di rumah Kak Retna. Tersesat di sini. 

Lokasi di AEON Alpha Angle Wangsa Maju.

Snap dari tingkat 1, sahaja naik atas dulu ukur jalan di mall ini. Dah lama tak datang. Hingga dah lupa bila kali terakhir di sini.

Macam-macam jenis buah ada. Di bawakan oleh FAMA. Dah lama tak pergi event2 macam ini. Nasib bukan di tempat terbuka. Sejuk lah sikit sebab dalam Mall dan berhawa dingin.

Lagi gambar snap dari atas. Jap lagi baru terjah bawah. Lepas pusing-pusing tingkat 1.

Sekarang musim dua jadi highlight utamanya ialah Mangga Harum Manis dari Perlis. Ada juga buah-buahan lain.


Rupa paras harum manis dari luar kotak. Kalau bawa masuk durian mahu berbau satu shopping mall ni.

Gigih juga ambil sebijik nak bau. Tapi macam tak ada ada bau je. Ke hidup tersumpat sebab tu tak bau?


Pembeli buah ini akan di letak dalam kotak. Menarik kan? Baru nampak wah! Beli buah ini.


Next buah yang menarik minatku ialah jagung.

Harga 11 tongkol RM 10. Mula-mula macam nak beli tapi mengenangkan sejak sewa bilik ini, memang kemalasan kalau nak masak memasak.

Ada juga jualan ice creamy berasaskan buah termasuk harum manis. Sedap ke? Tak tahulah sebab tak beli pun.


Ada jualan produk lain macam kordial, Jen, coklat dan minuman berasaskan buah-buahan.

Ada jual lemang, rendang dan pulut kuning. Ada dodol juga kot! Tak perasan pulak.

Nota Kaki : Tetiba teringat pulak Lemang Pak Ali area Zoo Negara tu. Ada lagi ke? Berapalah harga di sekarang mesti dalam RM20+ kan?




Post a Comment

3 Comments

  1. Wah..Menarik..Tp x dpt pegi.. =(

    ReplyDelete
  2. byknye brg.. seronok juga tu kan.. buah2 pun segar..

    ReplyDelete
  3. menariknyaaa!! teringin nak try aiskrim harummanis tuuu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.