Pertama kali ke sini. Dulu masa kerja kat USJ tak pernah pun singgah sini.
Lokasi Bazar Ramadan yang di taja Gas Petronas memang ada pintu gerbang macam ini.
Beli laichikang sejuk RM 4.00
Macam-macam jenis ada. Yang paling banyak ialah sate, nasi Briyani dan kuih muih.
Adakah owner dia ni buaya darat? Ops!!
Beli pecal kat sini. Harga RM 6. Murah ke mahal?
Suasana orang membeli juadah berbuka. Time ni baru lepas hujan.
Lebih 100 perniaga juga rasanya. Tak pergi sampai hujung pun.
Ada 2 perniaga jual cempedak goreng kat sini. Benda yang aku tak suka ialah bila mana perniaga tak letak tanda harga.
Aku perasan yang peniaga ni macam bukan Melayu. Jadi ragu -ragu sikit nak beli.
Putu piring pun ada. Yang manis-manis ni terpaksa pejam mata kejap sebab semalam dah melantak dekat 10 jenis sample kuih raya.
Lagi gambaran orang ramai berpusu-pusu membeli makanan dan minuman.
Aku suka yang macam ini. Letak tanda harga. Baru senang aku nak buat pilihan sebelum membeli.
Nota Kaki : Lepas ini kena terjah Bazar Ramadan PPR Lembah Subang pulak.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.