Dah lama tak melawat kawasan di Bazar Ramadan Kelana Jaya. Beli nasi goreng kat sini buat sahur.
Yang ini mummy Najla ada beli dan sedekah buat berbuka puasa beberapa hari lepas. Harga kayangan sekarang ni, buah cempedak.
Ada jual Briyani power. Habis juga lah pusing 1 jalan kat bazar ini.
Akhirnya dapat beli tepung pelita yang di bungkus dalam daun pandan.
Ada gerai jualan. Macam- macam ada. Kalau ikut nafsu semua benda nak beli. Tapi kena berpasa2 la. Jangan boros. Beli seadanya sahaja.
Ada penghibur jalanan. Hari ini pakai maskot 'katak'. Tak silap, baru - baru ini anakku ambil gambar dengan bear.
Lagi jadi Briyani kali ini versi kukus dengan nama gempaq giler. 'Padu bini gemok' kau rasa? Dah macam body shaming pulak.
Lagi suasana orang ramai di bazar ramadan kelana jaya.
Tekak masih belum meminta untuk makan murtabak. Mungkin sikit masa lagi.
Nota Kaki : Mana lagi Bazar ramadan yang nak terjah lepas ini? Mungkin kat area kawasan rumah lama di Ppr Lembah Subang kot!
mcm2 nama yang diberi...
ReplyDeleteLong long time x gi param dkt KL nih =)
ReplyDelete