231 - Iftar 3 Beranak @ Nurul Sate Batang Pinang di Puchong

shaizhar
2


Pada 19 Ramadan yang merupakan hari kelahiran anakku di bulan Islam. Genap 7 tahun kelahirannya.

Bertolak dari Kelana Jaya dalam jam 5.40 petang dan sampai dalam 6.05-6.20 petang. Jalan2 cari tempat solat.

Ada pertunjuk arah untuk memudahkan tetamu.

Order set sate campur. Dah habis makan baru dapat. Kira penutup la. Peranannya sedikit manis. Kuah kacang pun ok je. Yang best ada bawang merah. Kira ngam lah.

Pergi kaunter buat bayaran dan diberi resit ini untuk collect sate.

Ada rojak buah. Sedap juga. Ambil juga bubur kacang. Yang tak ambil bubur lambuk, mee kuah dan bihun sup.

Ada ambil buah tembikai, kurma dan ouih2 (tiada dalam gambar). Ini pun anakku punya. Ambil sepotong buat rasa2.

Laksa Johor. Ok je. Sesedap rasa. Ada ambil juga laksa (tiada dalam gambar)

Ada pilihan dua jenis nasi. Ambil nasi minyak, ayam berempah, ayam kari, daging (tak tahu masak apa), acar serta sambal sotong.

Sambal sotong kering terasa masin yang kuat. Ayam berempah dia sedap. Lauk lain biasa2. Tak ambil sayur campur, keli goreng dan ulaman. Ni lebih sesuai makan dengan nasi putih.
Ada meehonlon goreng. Rasa sikit je yang kat pinggan anakku.

Ni station laksa Johor dan mee rebus/kari. Tak tahu apa sebenarnya sebab tak ambil.

Ada air panas. Teh o yang agak pekat dan tak manis. Ada juga teh tarik, tapi pada tekak aku tak berapa sedap.

Ada aneka air-air sejuk juga. Dah siap gambar tapi hilang. Kemungkinan dah terdelete.

Nota Kaki : Yang tak best ialah tempat parking yang terhad. Nasib kami dapat parking luar pintu masuk.

Hampir 10 kali trip atau blackout. Tak tahu lah apa masalah dia orang.

Tempat solat yang agak kecil dan terhad serta tempat ambil wuduk pun tak banyak.

Makanan biasa-biasa sahaja. Kira berbaloi lah dengan harga RM 38. 

Kalau bayar mahal-mahal dengan jumlah juadah beratus jenis pun bukannya kita boleh makan semua jenis pun kan? Jadi tepuk seluar tanya poket. Kalau mampu apa salahnya.

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Lorr katen dia tarik ke? Bahaya juga macamtu ekkk.. Aku kalau nampak Laksa Johor, itu dulu aku amik hahahahaha

    ReplyDelete
  2. rate RM38 tu sgt ok!! rasa mcm tak de kot rate tu kat my area

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !