234 - Iftar Office @ KGPA (Kelab Golf Pertahanan Awam) @ Bukit Kiara

Kali terakhir setahun yang lalu. Kini kembali ke sini lagi.

Kelab Golf Perkhidmatan Awam atau KGPA di Bukit Kiara.

Promosi buffet Ramadan. Lebih grand dari tahun lepas ke?
Harga dewasa RM 89. Berbaloi ke dengan apa yang akan di makan?

Buah- buahan dan deretan kuih muih serta kek.

Nasi Beriani, ayam masak merah, dalca dan acar.

Kambing golek dan menu paling ramai orang tunggu - tunggu dan beratur panjang.

Bahagian rojak buah dan aneka jeruk-jetuk.

Lagi deretan kuih muih dan macam&macam jenis kek potong.

Lebih 20 balang air. Aneka rasa dan warna. Mana satu idaman kalbu?

Lagi zoom lebih dekat jenis-jenis airnya.

Banner untuk OOTD dan ambil-ambil gambar.

Payung satu gambar. Kali kedua pakai baju ni.

Pembuka selera. Buah-buahan. Semua sedap.

Kuih muih, murtabak dan roti John.

Company tempat kerja aku buat training hari ini. Sessi aku belah petang sampai majlis buka puasa.

Antara menu yang di makan tak ada dalam gambar ialah sate, set nasi beriani, lauk2 aneka sayur-sayur dan sotong celup tepung. Sup kambing, rojak buah, teh tarik. Cuit kambing bakar kawan sebelah dan 2 cawan air sejuk.

Dah lepas berbuka macam malas dah nak snap gambar. 

Menu yang tak makan ialah western, child corner, waffel, pop corn, apam balik, noodle's, lauk2 macam ketam, ikan, daging  ayam gunting, jadi ayam. Goreng - goreng macam nasi goreng, kueh teow dan mee goreng serta cendol.

Nota Kaki : Rasanya makan tak sampai pun RM 50. Tapi tak apalah janji bukan bayar sendiri dan orang belanja kan. Terima kasih daun keladi bos2 di HPM. Untuk dia tahun berturut -turut training dan berbuka puasa kat sini.
 






Post a Comment

0 Comments