14 - Jalan Jalan Kuala Lumpur. KLCC & Aquaria

shaizhar
2

 

Perjalanan hari kedua bermula seawal 9.15 pagi lebih kurang. Muka tak puas hati sebab kena bangun awal.

Tema percutian bulan Mei 2023 ialah berjalan kaki & naik LRT sahaja.

Daddy comel la. Kata Najla Nazihah. Memang spesis tak boleh tengok apa sikit yang bentuk binatang semua dia suka.

Akhirnya sampai juga ke destinasi 'wish' dia. Lepas ni dah ckap dah nak pergi Zoo Negara & KL Bird Park. Tunggu lah nanti Daddy bawa ye.

Bersama ikan-ikan. Harga tiket warga tempatan sekarang dua beranak ni je dah dekat RM100. Bertabahlah. Demi meningkatkan ekonomi dalam negara.

Macam biasa. Susah sungguh nak dapat gambar yang cantik. 

Ni antara gambar yang kelihatan sempurna dan cantik di mata Daddy.

Gambar budak penat. Ada banyak je gambar snap. Tapi semuanya tak menarik untuk di pos.

Layankanlah satu round. Nama pun budak2. Nanti dah masuk alam remaja lain pulak kisahnya.

Terus brunch kat Food Court KLCC. Kemudiannya hantar Najla Nazihah balik Kelana Jaya.

Nota Kaki : Percutian bulan Jun asalnya nak tengok lampu-lampu di malam hari tapi sebab Daddy demam dan tak sihat ditunda ke lain masa dan ketika. Najla Nazihah dapatlah duduk lama kat rumah kampungnya di Sg Plong.

















Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Dedi kat sini menanti kehadiran insan baru kat rumah nie...

    ReplyDelete
  2. Dah boleh mula menabung la Sodep bawak anak buah jalan2 macam Shai bawak Najla jalan2 ni hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !