15 - Xtvt Anak Beranak Bulan Jun 2023

shaizhar
1

Tarikh : 24 Jun 2023 & 25 Jun 2023 
Hari : Sabtu dan Ahad.

Ambil Najla Nazihah dekat Restoren Faris Maju dalam pukul 2 petang hari sabtu.

2 Hari 1 Malam si Najla Nazihah ini tidur dirumah aku. Jadi aktiviti bulan Jun kami ialah duduk umah sahaja. Masa ambik dia tua langit dah kelam dan gelap jadi kami terus balik rumah. Lepas hujan berhenti kami pergi Segi Fresh beli barang-barang nak masak meehon. (Tiada gambar)

Pukul 8.00 malam - 9.00 malam ialah kelas bersama Teacher Daddy. Macam biasalah cikgu ni garang yang amat. Setiap anak-anak ada kelehihan dan kekurangan masing- masing. Bersyukurlah anak bertuah ini nak dengar cakap time belajar dengan daddy dia.

Pagi ahad aktiviti kami pergi cuci pakaian di Dobi Queen. Balik tu singgah beli nasi ayam untuk Najla Nazihah.

On the way hantar balik ada event dekat Hight Park Kelana Jaya, Adalah beberapa ekor haiwan yang boleh pegang antaranya anak itik dan ayam.

\Najla dan arnab. Ada lagi haiwan lain macam Iguana dan serangga.

Najla dan kambing putih. Habis daun2 tu si kambing ni makan sebeb kelaparan kot!.

Ada juga jual barang-barang kat sini kebanyakkan aksesori dan juga makanan serta minuman (tiada dalam gambar). Si Najla siap cakap lagi. 'Ni tempat Cine' sebab dia nampak ramai orang Cina kat sini. Ye memang pun. Siap ada jual burger 'pork". Aku pun jawab la. Kita jalan-jalan tengok je, bukan nak beli pun.

Dah lama masa kita orang jalan kat tengah khemah tu ada anjing besar. Terus pusing ikut jalan lain. Si Najla ni siap tunjuk lagi kat banner tue ada gambar anjing. Aku pun jawablah. Alah! Daddy tak perasaan la. Lepas tue kita orang terus pusing balik pergi Restoren Mak Uda tapau makan untuk Najla & Mummy dia.

Nota Kaki : Apalah pulak Xtvt dua beranak ni di bulan Julai 2023. Masih belum fikir lagi.















Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !