07 - Percutian Cinta di bulan Februari dengan Kekasih Hati

shaizhar
2

 


Tarikh : 12 Feb 2023
Lokasi percutian pertam akami ialah jumpa kawan - kawan Daddy dekat Taman Haiwan

Kini anak merupakan model utama kepada kebanyakan gambar-gambar. Sebagai anak pencinta haiwan si Najla Nazihah ni memang suka kalau melawat tempat-tempat macam ini.

Tapi nak ambik gambarnya bukan main susah. Tak reti duduk diam. Happy la dapat jalan-jalan tengok macam-macam haiwan. Tiket harga masuk pun kira berpatutan dan tak mahal macam setengah tempat tu.

Lokasi penginapan 2 hari 1 malam kami adalah dekat De Teratai Anggun Sepintas, Sabak Bernam.

Akhirnya budak baru bangun tidur sebab penat jumpa kekawan pun menarik begnya.

Akhirnya ada jumpa gambar dengan Kekasih Hati. Alhamdulillah, ada rezeki sikit dapatlah bawa anak kesayangan hamba ini jalan-jalan. Kalau tak, duduk umah pusing-pusing naik motorsikal dan keluar masuk Mall.

Inilah rumah penginapan kami. Warna segi tiga warna kuning. No.1 dan paling hampir dengan kolam renang.

Ada loteng kat tingkat atas. Naik turun la si budak bertuah ini. Tak penah pergi rumah macam ini kan.

Aktiviti utamanya ialah mandi kolam. Petangnya mandi kolam. Berhenti pun sebab hujan. Nasib baiklah kawasan sini senang nak beli makanan & minuman.

Permandangan kolam renang dari Loteng. Kami mandi yang dekat kolam kanak-kanak yang keik nun di hujung sana. 


Nota Kaki : Next.. percutian di bulan March pulak ye.








































Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Comel je dia heret beg Hello Kitty tu hehe. Seronok la ayah selalu bawak jalan2 & staycation ye Najla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah lah rezeki dia. Kalau tak pergi taman mainan dan keluar masuk mall je la.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !