09 - Stayvacation di bulan Ramadhan @ Evo Bangi SOHO

shaizhar
0

 

Tarikh : 08 April 2023
Lokasi : Evo Bangi SOHO, Tingkat 32/33

Aktiviti percutian di bulan April 2023 bersamaan bulan Ramadhan Al Mubarak

Gambar bapa budak tunggu anak mandi kolam.

Gambar anak kesayangan hamba Najla Nazihah. Dipaksanya mandi sekali. Tak kuasa la bulan-bulan puasa ini kan. Dapatlah dia mandi manda kejap. Langit petang itu tiba-tiba menganas. Sebelum hujan turun lebat, terus angkat kaki naik atas SOHO.

Petang tu selepas hujan berhenti turun ke Bazar Ramadhan. Muka kena paksa ambil gambar sebab nak tunjuk bukti pada Mak dia. Tanya nak makan apa? semua tak nak. Akhirnya, MCD di sebelah tu juga menjadi pilihan. Daddy tapau makanan berbuka + sahur sekali. Senang cerita.

Siapa cakap datang cuti2 jalan2 boleh duduk rehat2 main HP, tengok TV dan mandi kolam. Latihan menulis, mewarna kena juga buat ye anakku. Tahun depan dah nak masuk darjah 1.

Suka hati dapat mandi kolam di pagi hari.

Tunjuk skills kuak kaki. Anak2. Layankan je lah.

Tengok ni Daddy, kecik je. Yelah nak. Ni kolam Jacuzzi. Tak naknya lama-lama kat sini.

Semoga anakku happy dapat luangkan masa dengan Daddy.

Nota Kaki : Ya Allah! Ya Tuhanku. Kau peliharakanlah anakku Najla Nazihah binti Shaizhar. Semoga menjadi anak yang sihat, kuat, sabar & tabah melalui kehidupan dengan kisah keluarga kami yang berpisah sejak anak ini berusia 3 tahun di tahun 2020.




















Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !