Alhamdulillah dalam darjah 2 ini anakku Najla Nazihah dah dipilih jadi Penolong Ketua Kelas. Daddy dulu masa Form 2 baru jadi Ketua Kebersihan, Form 3 Ketua Kelas dan Form 4 & 5 Pengawas.
Tapi sebenarnya time tue lupa nak bodek 'ustazah' yang handle perpustakaan. Kalau tak mesti sekarang aku dah jadi Librian. Eh! bahasa melayu dia apa ye? Pustakawan. Ha ha ha.
Pada hari yang sama juga ada Kem Kecemerlangan Jawi. Mereka yang hadir Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda akan hadir ke siri ke 2 Kem Kecemerlangan Jawi. Tapi tue lah tak tahu bila.
Nota Kaki : Budak sekarang bukan main - main dari Darjah 1 daqh ada kursus - kursus ini. Zaman kita dulu mana nak ada kan. Seingat aku masa time nak SPM je ada pergi Seminar Kecemerlangan SPM kat UUM (Universiti Utara Malaysia) di Sintok, Kedah. Seingat aku itulah pertama kali masuk 'U' yakni Universiti.


.jpeg)
All the best utk najla
ReplyDeleteTerima Kasih
Deleteskarang ank2 mmg mcm2 kursus kan..smoga dipermudahkan segala urusan
ReplyDelete