Selepas 2 kali membeli menerusi aplikasi Food Panda baru tahu sebenarnya ianya terletak di luar Apartment aku sahaja.
Pertama kali disini. Di kawasan rumah kedai paling hujung yang dah lama tak pergi sebab itu tak tahu kewujudannya. Rasanya baru berberapa bulan beroperasi.
Suasana di dalamnya sekitar pukul 5.45 petang di hari biasa.
Antara menu pilihannya. Ye, sejak dua menjak ini kedai ice cream, kopi dan yang sewaktu dengannya tumbuh bersepah dan merata - rata dengan berbagai jenis nama.
Tak tahu nak pilih yang mana satu.
Wah! ada ice cream perisa durian.
Apakah ini?
Ada egg waffle mungkin boleh di cuba di lain kali.
Lagi susun atur dalamannya. Kedai lot tepi, jadi besarlah tempatnya.
Kasi payung satu gambar bukti dah sampai sini.
Pilihan untuk hari ini. Tak tahu kenapa tetiba nak makan red bean + matcha ice cream lagi.
Ortder air juga. Total hangus RM 10.50
Lagio sekeping gambar sebelum balik rumah.
Rupa paras dinding di bahagian hadapan kaunter.
Ada di Malaysia, Indonesia, Thailand dan China. Rasanya negara asal dia adalah China. Betul ke?
WEDRINK is a well-known tea brand with ice cream milk tea, fruit tea, and ice cream as its main products. It belongs to Zhengzhou Runxiang Catering Management Co., Ltd. and is headquartered in China.
Ini kaunter dia. Boleh tahan meriah juga pekerjanya. Tak terlalu sibuk tapi mungkin orang lebih suka membeli atas talian guna apps kan.
Nota Kaki : Lepas ini bolehlah bawa anakku Najla Nazihah ke sini.
Nmpk luas dan selesa cafe ni
ReplyDeleteYa sangat selesa. Nanti nak bawa anakku datang sini.
Delete