Mula makan Nasi Lemak Abang Long sejak duduk bujang di PJS 3. Disebabkan pasar malam tu bawah rumah je setiap hari Selasa..
Ini lokasi pasar malam pada hari Isnin di Kampung Lindungan dalam kawasan jajahan Petaling Jaya.
Itulah Abang Longnya. Selalunya dalam 5.30 petang baru dia buka gerai.
Ini lauk sambal sotong dan sambal kerang.
Lain- lain lauk yang ada. Rendang ayam, Ayam masak merah, Paru, Rendang Kerang, Sambal kerang dan Sambal Sotong. Telur Mata dan yang menjadi pujaan ramai ialah Ayam Goreng.
Nota Kaki : Suka beli nasi lemak Abang Long sebab murah. Harga memang sangat berpatutan. Nasi banyak. Lauk - lauk pun sedap. Nasi + lauk hanya RM 5.00 kalau tambah Telur Mata baru jadi RM 6.00. Mana nak dapat penjual yang memang tak berkira. Agaknya berapa je untung dia? Apa pun semoga perniagaannya maju jaya sebab yang penting adalah niat.
my boys suka nasi lemak!
ReplyDeleteMemang sedap dan murah. Memang selalu kena beratur panjang
Delete