Di petang Isnin selepas balik kerja. Terus mulakan misi ukur pasar malam.
Kawasannya ialah di sekitar tepi deretan kedai menuju ke rumah flat di kawasan Kampung Lindungan Petaling Jaya. Selangor. Majoriti kawasan ini ialah B40.
Harga jajan zaman sekarang
Ada jualan macam - macam jenis barang tau.
Ada juga tudung, selendang dan yang sewaktu dengannya.
Ya benar! inilah ubat untuk kurus dan poting kaki.
Ada juga jual Laksa Kedah. Harga sekarang RM 6.00
Lagi suasananya. Kira berpusing satu bulatan yang bersegi empat.
Musim durian kan. Bersepah dah orang jual.
Ada juga jualan produk bundle. Pakaian terpakai pun ada dsalam lain - lain barang.
Ada lagi jualan produk kurus kat sini. Ha ha ha ha. Yang gerai nasi lemak tu kat belah belakang gerai ini lah. Membeli nasi lemak tambah + telur mata + ayam rendang = RM 7 (Tiada gambar)
Dah lama tak makan ini. Aduh! aduh... duh duh duh...
Ada juga jualan minuman dan lain - lain manis - manis.
Rasa macam baru je berniaga orang ini. Sebelum ini macam tak pernah nampak je. Minggu depan nak kena try ini. Harga kalau tak silap RM 10.00.
Ok. Kita dah berjaya buat satu pusingan. Ini jalan teraknirnya.
Ada jual goreng-goreng. Selalu beli kat sini. Terutama masa bulan Ramadan dan juga semasa duduk kat PPR Lembah Subang dulu.
Aduh! dah lama tak makan murtabak. Kali terakhir bulan puasa yang lepas.
Lagi manis - manis. Yang kiri sekali tu namanya Dangai. Tapi tue lah manis yang amat. Tak boleh makan selalu dan banyak sangat benda - benda manis ini.Potong kaki nanti.
Di akhiri dengan gerai jualan pantai timur.
Nota Kaki : Macam - mana ada. Siapm duit je.
bestnya jenjalan pasar malam...SA pun dah lama x pi pasar malam...vibes pasar malam kat Seremban x best
ReplyDeleteKat area PJ ini boleh katakan hari - hari ada je pasar malam. Ada yang jauh dan ada yang dekat. Selalunya yang dekat hari isnin. rabu dan ahad.
Deletebest dpt ronda2 cuci2 mata kat psr mlm!
ReplyDeleteSinggah beli makan.
Delete