Pertama kali ke bazar untuk tahun ini. Lokasi pilihan di BK 5 Bandar Kinrara.
Gara2 gambar pulut mangga dengan harga RM 6 lalu di FB komuniti Warga Bandar Kinrara jadi terus nekad ke sini.
Pulut mangga. Pulutnya tak terlalu keras atau lembik. Buahnya tak manis sangat dan santannya sri dah biasa. Berbaloi dengan harganya.
3 jenis kuih ini pada harga RM 2. Beli dekat gerai depan block apartment tempat tinggal. Ada jual kuih, lauk dan air2 juga. Biasanya beli kat sini je.
Dah lama tak makan. Dah tak ingat bila kali terakhir makan roti John. Harga sekarang rata2 pada kadar RM 8. Ada beberapa penjual roti John. Hati berkata belilah yang ini.
Nota kaki : Total belanja hari ini. RM 8 + RM 6 + Rm 2 = RM 16
Pernah juga ke PARAM sini masa tinggal berdekatan...dulu nak kata banyak gerai tak juga....sekarang ni dah banyak ya....
ReplyDeleteroti john saya beli kat jiran depan rumah ajer, memang dia bisnes roti john..harga RM9! tapi sedap laaaa berbaloi2 dan boleh share mkn ramai2
ReplyDeletei beli roti john dari my jiran ajer sbb dia bisnes roti john, harga RM9
ReplyDelete