Akhirnya sampai juga. Lepas keluar daging dengan anakku. Daddy ada 'misi' + pergi healing kat sini.
Ada gerai artis. Kalau orang kenal ke?
Basikal tua ada prop yang ada kat sini selain meja kerusi tempat untuk menjamu selera.
Pentas utama. Macam -macam aktiviti yang ada. Selain persembahan artis ada pertandingan karaoke katanya.
Lagi permandangan gerai-gerai jualan.
Ada jual Bihun sup utara. #takbeli
Menu jualan berasaskan ubi. Tukang ubi.
Katanya ada 100 gerai. Tapi macam tak je.
Ada 2 gerai yang jual dimsum. Tak menarik minat ku untuk membeli pada kali ini
Punten. Ini yang aku cari. #beli.
Harganya 5 pada harga RM 7 dan ada set yang besar juga.
Daging bakar. Tak terasa nak beli. Tak tahu kenapa.
Ada jual popia juga. Siap bertutup lagi.#terbaik.
Ciri -ciri kemelayuan. Sesuai dengan tema. Kau orang tahu baca jawi?
Sate daging batang pinang. Harga mampu beli. 2 kali pusing ingat nak beli beberapa ketul, tapi asyik ramai je orang. Malas nak tunggu.
Ada juga jualan nasi tomato ayam percik. #takbeli.
Ada mee sotong. #takbeli.
Harga satu set lemang + rendang ayam RM15
Beli. Tapi kecewa yang amat. Lemang dia ok lah. So-so. Rendangnya manis dan berminyak. Punyalah kecewa sampai lupa ambil gambar. Terpaksa lah juga habiskan walaupun tak kena dengan anak tekak. Ni rendang versi pantai timur ke? Manis yang amat. Erm.. #kecewa.
Beli ni juga. Pertama kali rasa. Oklah. Siap simpan untuk 3 ketul untuk dinner.
Layan selfie.. Ada seorang mamat Vespa tu minta ambil gambar dia. Siap minta lagi ambil gambar tegak la.
Bukti healing sampai Semenyih. Cara aku santai2 bawa motor berpuluh kilometer dari Kelana Jaya sampai Semenyih.
Muka asa senyum. Manakah senyumanku?
Nota Kaki : Selamat menyambut Ramadan & selamat berpuasa
wahhh jauh jugak nak sampai semenyih tu
ReplyDelete