Ni suasana dalam kelasnya. Memang duduk meja dan kerusi yang sama.
Pagi2 memang aku yang hantar dia pergi kelas membaca ni.
Pagi2 memang nasi goreng jadi pilihannya.
Setiap kali hantar mesti snap gambar buat kenang-kenangan.
Tetap nak sarapan nasi goreng. Ambil sikit sahaja sebab daddy dia kena puasa sebab hari kejadian ada temujanji doktor (puasa). Biasalah dah masuk 4 series ni macam2 penyakit datang. Lagi2 datangnya dari keluarga yang keturunannya semuanya manis2 dan berdarah tinggi.
Tapi nasi goreng kat Restoran Mak Uda Kelana Jaya ini memang sedap. Macam masakan mak-mak. Cukup rasa dan kena dengan selera kami anak beranak.
Hari jumaat, tempat biasa sarapan tak buka. Jadi pergi ke Azlin's Kitchen. Nasi goreng ni RM 1.50. Rasanya biasa2 sahaja. Perisa kuat sangat, tak habis Najla makan. Jadi daddy dia la tukang habiskan.
Time balik mummy dia yang jemput.
Ada harinya, tudung pun melayang. Alasannya 'panas'. Tapi kena didik dan ajar dari sekarang. Bak kata pepatah ' melentur buluh biar dari rebungnya '.
Semoga anakku belajar sesuatu di sini. Dapat berdikari, belajar bergaul dan kenal ramai orang baru serta persekitaran yang lain pulak.
Nota Kaki : Berdebar-debar nak tengok anak masuk darjah 1. Cuti sekolah pun dah nak hampir habis.
moga ur daughter akan cepat dpt reading skills tu soon
ReplyDeleteTerima kasih. Mudah-mudahan.
DeleteDulu2 kami tinggal di Seksyen 14 dan memang Masjid Kg Tunku ni suami solat jemaah. Masa tu anak kecik lagi.
ReplyDelete