Akhirnya, keputusan muktamad telah dibuat. Aku melepaskan rumah sewa di PPR Lembah Subang 1 ini selepas 1 tahun 9 bulan menyewa. Ikut target nak sewa hingga 2 tahun baru fikir balik macam mana
Rumah sewa yang biasa 2 sahaja. sewa bulanan RM 600. Rumah di tingkat 4 daripada 15 tingkat dengan 1 lift. Paling aku tak boleh terima bila masuk lift ada suara sumbangan berkata 'tingkat 4 je naik la tangga. Aku tak kisah turun tangga tapi kalau naik memang lemah sikit kecuali kalau kecuali Q panjang aku terpaksa juga naik tangga.
Dapur kecil tempat memasak. Kat tempat baru ini macam tak ada harapan je nak masak-masak.
Serah kunci pada owner. Malas nak jumpa. Letak kunci kat peti surat sahaja.
Sedih? Tak ada lah sedih, tapi banyak kenangan kat sini. Terutama saat-saat bersama anakku Najla Nazihah. Walaupun hanya dapat sekejap-sekejap sahaja.
Nota Kaki : Selamat tinggal kenangan. Semoga ada harapan yang lebih indah di tempat baru. Kini menjadi warga 'Bandar Sunway'.
moga dipermudahkan segala urusan kat tmpt baru
ReplyDelete