185 - Orientasi Darjah 1 Najla Nazihah @ Sekolah Kebangsaan Kg Tunku

shaizhar
1

 

Akhirnya hari yang di nanti telah tiba. 26/01/2024 hari orientasi Darjah 1 Sekolah Kebangsaan Kg Tunku.

Aturcara program orientasi tersebut. Macam biasalah terbabas sikit. Tapi semuanya berjalan lancar.
Dah tahun 2024 kan, pendaftaran semua di hujung jari sahaja. Semuanya mudah dan cepat.

Muka budak kena bangun pagi. Pukul 7.15 pagi dah bergerak ke Sekolah. Selamat sampai sebelum 7.30 pagi.

Mummy dia beli bihun goreng. Makan sesuap dua sahaja. Bila mummy dia beli ayam gunting habis licin makan.

Dah bersedia beratur di kumpulan 10. Jumlah keseluruhan darjah 1 kat sekolah ini dalam 230+ orang. Majoriti melayu.

Muka masam je. Berdebar-debar -debar lah tu. Siap tanya lagi cikgunya lelaki ke perempuan.

Akhirnya happy sikit sebab ada kawan satu tadika kemas dapat belajar kat sekolah yang sama.

Dewan terbuka di Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku. Menunggu untuk sessi taklimat kepada ibu/bapa dan penjaga.

Selepas ucapan puan guru besar, YDP PIBG pun berucap panjang lebar lepas tu taklimat penolong kanan petang, sessi penerangan DLP. Yang last sekali tu memang dah tak bagi tumpuan sangat cikgunya bagi penerangan macam membaca.

Kemudiannya sessi penyerahan dokumen dan bayaran yuran2 yang sepatutnya sebanyak RM170 tunai. Patutnya, dah boleh guna sistem bayaran atas talian atau QR code. Lebih mudah dan cepat.

Lepas tu di beri resit bayaran dan slip bukti penyerahan dokumen dan bayaran. Boleh ambil anak kat kelas. Najlaa kat kelas tingkat atas sekali. Merasalah kembali ke sekolah. Sampai je cikgu kata si Nalla ni suka main lari-laroli. Budak-budak macam tu lah. Bila dah dapat kawan.

Nota Kaki : Alhamdulillah dah selesai satu bab. Lepas ini hantar dia ke program membaca pulak sepanjang cuti sekolah bulan Feb - Mar 2024. Semua ini sebagai persediaan masuk darjah 1.





Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !