24 - Xtvt Anak Beranak Julai 2023

shaizhar
2

 

18 Julai 2023. 3 hari 2 malam. Anakku Najla Nazihah tinggal di rumah Daddy. Aktiviti kami antaranya mengajar anakku menulis, membaca dan mengira + bermain.

Bermain dengan permainan baru dia. Paling suka dapat mandikan baby tu dalam bilik air dan main air serta sabun. Last2 esoknya bagi dia main dengan syampoo yang dah tamat tempoh.

Kat rumah daddy ni macam taman mainan lah, kata Najla Nazihah. 
Ye! ada kuda sekor ni dan jongkang jongket (tiada dalam gambar). 
Dia suruh kuda tue tidur dalam bilik juga. Kesian kat dia duduk kat luar sorang-sorang. Kata Najla Nazihah. Anakku ialah pencinta binatang ok!

Hari keduanya yakni 19.07.2023 kami jalan-jalan kat Lotus's Ara Damansara je.

Ni lagi satu mainan yang dia main. Dia nak masuk kat belakang tu tapi aku tak bagi sebab dah kelaparan. Dah tengah hari time tu. Dengan tak sarapannya. Lagi pun. sunyi sepi belakang tu tak ada kanak-kanak lain yang masuk main. Harga pun boleh tahan. Sejam masuk RM 11 kalau tak silap.

Menu makan tengahari hari ini ialah di The Chicken Rice Shop. Dia nak order satu set untuk dia. Nasi makan habis tapi ayamnya langsung tak sentuh. Akhirnya bawa balik je saki baki tue dah dimasukkan dalam meehoon goreng untuk menu makan malam kami hari tu.

Hari ke tiga 20 Julai 2023 aku terpaksa half day pagi sebab awal-awal pagi dah hujan dan anakku pulak lena diulit mimpi lagi. Dah nak dekat tengahari aku siap2 hantar dia pergi rumah pengasuh. Sebelum tu melayan tekak anakku dulu nak makan Mc Donald's. Habis juga nasi lemak dia makan.

Nota Kaki : Berakhirlah 3 hari 2 malam Daddy bersama Najla Nazihah. Apakah aktiviti kami dua beranak di bulan Ogos 2023? Tunggu....














Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Seronoknya Najla yaaa ada ayahnya melayan.. kenapa dia tak makan ayamnya? tapi memang, nasi ayam dia sedap di makan begitu sahaja kan..

    ReplyDelete
  2. Sama spesies dgn anak2 aku, jenis makan nasi ayam tapi ayam tak sentuh. Kalau makan kat luar serba-salah nak order nasi tambah je, kang org igt kiteorg sengaja tak bagi anak makan ayam padahal dieorg yg taknak makan pun hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !