Lepas balik kerja 1 Julai 2023 (Sabtu) terasa nak makan Sate.
Harga sate terkini kat Sate Hut. Dah lama tak makan kan. Jadi.. layakan je la.
Masa menunggu dalam 10-15 minit la juga. Siap tukang hantar tu salah meja lagi. Apa dah!
Inilah rupa paras sate2 yang di order.
Kuah sate (/) Ngam
Sate semua okay sahaja. Rempah ratusnya pun ngam dan tak terlalu sedap atau tak sedap.
Abadikan gambar sebelum makan Sate. Gambar selepas lupa ambik. Yang penting habis.
Nota Kaki : Ada juga menu lain seperti Mee Kari, Laksa dan lain-lain.
Alamat Sate Hut Cawangan ke 3
H-G-01, Jalan SS 6/16A, Dataran Glomac, 47301, Petaling Jaya, Selangor
Agaknya nama owner dia Hut kot.. lama juga tak makan satay ni..
ReplyDelete