27 - Kerja 'Giler' Perjalanan 14 Jam dari Kelana Jaya

shaizhar
1

 

Hari kejadian : Ahad jam 12.45 Tengah malam memulakan perjalanan dengan tajuk Kerja 'giler' 14 jam dari Kelana Jaya menuju Pantai Timur.

Rekod perjalanan bermula dengan 6722

Merehatkan diri dalam pukul 3.45 pagi di RNR Gambang selepas melalui pengalaman menakutkan.

Ada satu motor EX5 plat no 'K". Kalau tak silap dari Bentong dia follow belakang dan sekali sekali memotong.

Masa aku keluar kat RNR Temerloh ada satu motor ini macam tunggu aku kat tepi. AH! dah cuak dia. Kemudian beberapa minit kemudian dia himpit dan cakap sesuatu yang aku tak jelas. Nasib depan tu ada susur keluar. Aku pun ambil jalan tu. Ah! sudah dia follow juga. Masa dekat tol aku ikut laluan motor dan dia ikut tepi gate tol. Kemudian aku berhenti tepi dekat dengan tandas lepas Tol. Fuh! nasib dia teruskan perjalanan tak berhanti 'cari' aku. Aku tunggu beberapa minit untuk pastikan keadaan dan terus masuk balik tol meneruskan perjalanan.

Setiap kali berhenti RNR akan berhenti isi minyak dan 2 kali ke tandas. Rehatkan diri sekejap. Ini baring-baring kejap di RNR Temerloh.

Nota Kaki : Kenapa terfikir nak buat kerja 'giler' ni? Patutnya pagi sabtu tu plan nak ke Bentong. Tapi dari pagi sampai tengah hari hujan tak berhenti-henti. Kemudiannya tengah malam tu tak boleh nak tidur pulak. Jadi bermulalah perancangan tak masuk akal ini. Mulanya ada Plan A nak pergi sampai Kuala Terengganu. Plan B nak menuju Paka dan akhirnya hanya mampu ikut Plan C ini je.





Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. memang u selalu ker buat unplanned road trip gini? anyway, ok jer asalkan happy heheh dan dpt create memories jugak...errr bab motor follow tu memang scary...i selalu jugak drive alone kalau balik kg (biasanya my boys temankan) memang mintak dijauhkan lah dari benda2 yg menakutkan gitu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !