Dimaklumkan bahawa Hari Terbuka sekolah akan berlangsung pada hari ini, 17 November 2026 (Selasa), jam 1.30 petang hingga 4.30 petang.
Mohon ibu bapa hadir mengikut masa yang ditetapkan dan mengambil anak masing-masing sebaik sahaja urusan selesai supaya anak-anak boleh pulang bersama ibu bapa.
Sekiranya ada ibu bapa yang tidak dapat hadir pada hari ini, sila maklumkan kepada guru lebih awal. Anak juga tidak perlu hadir ke sekolah bagi mengelakkan mereka terpaksa menunggu bersendirian selepas murid-murid lain pulang.
Mohon kerjasama semua ibu bapa untuk menepati masa yang ditetapkan.
Panduan arah tapi masih ada ibu/bapa yang tak peka. Tanya dalam group whatsapps.
Mungkin sejenis tak reti nak baca peta atau pertunjuk seperti ini.
Ada jualan bahan bacaan juga. Kat bawah bumbung sana tu tempat beratur. Mummy Najla datang awal dulu dan beratur.Kemudian kami tukar giliran.Aku pulak yang beratur. Kali ini lebih baik. Dalam 1.15pm dah buka kaunter pendaftarannya.
Gerai jualan. Kantin hari ini tak jual banyak makanan. Ada juga minuman di situ.
Mendapat no giliran pertama.
Suasana di kantin sekolah.
Kawasan persekitaran sekolah. Time ni murid - murid tengah nak masuk kelas. Dalam 1.25pm lebih/kurang.
Mural kat dinding di belakang pentas dewan terbuka kat sekolah ini.
Kat kiri tu dewan terbuka. Sebelah kanan padang sekolah. Jalan terus sampai hujung. Naik tangga kat tingkat atas sekali.
Nun jauh di sana. OCR bangunan tempat kerjaku.
Tahun terakhir anakku Najla Nazihah sekolah kebangsaan petang. Tahun depan darjah 4 dah sekolah pagi. Kelas ini memang berkongsi. Kelas pagi tahun 5 UTP kalau kelas petang 3 UTP.
Laporan prestasi anakku Najla Nazihah. Subject yang lemah adalah Matematik. Jadi cuti sekolah nanti memang kena bagi dia lebih banyak latihan Matematik.
Lagi sekeping gambar tegak berdiri macam tiang.
Jawatan yang di sandang 2 UTP (Penolong Ketua Kelas), 3 UTP (Pengawas Surau)




.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
z.jpeg)
.jpeg)

Tahniah Najla! Keep up the good work! 👏🏻👏🏻
ReplyDeletetahniah Najla...ada jawatan pengawas surau...
ReplyDelete