Jumaat yang barakah pada tarikh 13 November 2026, akhirnya selepas beberapa minggu Restoran Jaring di Bandar Sunway kini di buka di lokasi baru.
Harap maaf, gambar bergegar sebab perut keroncong kelaparan.
Kuih dan muih aneka macam. Sama seperti sebelumnya.
Deretan lauk dan pauk dan aneka makanan. Masih ada lagi ruang - ruang kosong. Lauk2 di bawa keluar berperingkat - peringkat. Tempat letak lauk yang baru.
Menu sarapan pagi. Cari bihun goreng, tak ada lah pulak.
Mee goreng & kuehteow goreng berharga RM 4.50
Lagi suasananya. Nampak lebih luas dan bersih. Tempat baru kan.
Tidak di lupa roti canai kosong banjir tapi hanya 1 keping.
Lagi gambar suasana baru dalam mood getaran cinta di jiwa.
Tandas dan juga kawasan membancuh air.
Meja & kerusi baru kan?
Nota Kaki : Alhamdulillah owner kata pagi ni di hari pertama buka air adalah percuma (sedekah). Alah!! kalau tahu nak je order air yang mahal. ha ha ha.


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.