Modal terbaru entry kat blog ini. Segmen Sarapan Di Mana?
Zizi Cafe menjadi pilihan sarapan pagi 15 Oktober 2026. Lokasi di Masjid Al-Hidayah, SS 3, Kelana Jaya Selangor.
Rupa paras cafenya. Kat sebelah ada Sekolah Agama, kemungkinan yang tak bawa bekal bolehlah makan kat sini. Lebih memudahkan.
Antara menu yang ada. Banyak juga pilihan gorengan. Nampak macam menarik.
Ada lauk pauk yang ada.
Wah! ada ubi kayu rebus la. Ada sambal ikan bilis petai. Tapi petainya tak berapa nak meriah.
Pilihan lauk pauk yang lain juga. Nampaknya lengkap gorengannya ada nasi goreng, bihun goreng. mee goreng dan kuehteow. Ayam goreng itu pastinya pilihan anak - anak.
Yang kat bahagian atas adalah untuk nasi lemak. Ada Sambal, Telur mata dan telur rebus serta hirisan timun.
Tempat pembayaran dan buat air.
Tempat duduk untuk makan dan minum. Ada nampak juga ada orang letak kuih jualan.
Alhamdulillah, nasi lemaknya secukup rasa. Sambalnya pun boleh diterima dek tekakku. Ambil sikit kuah kari buat rasa - rasa. Alhamdulillah harga semua RM 6 termasuk teh o suam.
Tahu pun sebab selalu lalu lalang kat Facebook. Biasalah warga 40-an masih lagi duk tengok FB walaupun dah tak aktif kat FB peribadi. Kalau iklan part time urut kat FB bisnes adalah juga sesekali.
Nota Kaki : Lokasi mana pulak untuk episod sarapan di mana selanjutnya? Erm... maka gagallah Misi turun 11kg. Ha ha ha ha.


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
byk pilihan menu utk brekfast ni mmg best so bole cuba pelbagai
ReplyDeleteKat tepi ini sekolah agama.Mesti budak2 tu yang tak bawa bekal akan makan kat sini.
DeleteBagus la kafe dalam masjid. Lepas makan boleh terus solat di masjid 😅 nasi lemak tu nampak sedap, harga pun berpatutan
ReplyDeleteBetul tu. Kalau ada roti canai mesti lagi best. ha ha ha . Aku lah 'Hantu Roti Canai'.
Deletebanyak pilihan, murah, bersih dan sedap..misi turun 11kg masih on ke tuu hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, Tak boleh jual mahal2 sebab target dia budak2 sekolah agama itu. Ha ha ha. Misi Gagal dan 'Off'
Delete