Akhirnya sambung lagi episod X-Plore Negeri Sembilan. Sebelum ini tak sempat pun nak pusing - pusing kat Kuala Pilah. Tapi episod kali ini kita stay kat BAHAU.
641730 bermula dari Bandar Sunway jam 4.50am. Masuk highway menuju ke Selatan. Berhenti di Shell isi minyak. Melalui USJ-Bandar Saujana Putra - Putrajaya - Dengkil - Nilai - Seremban - Senawang menuju ke Kuala Pilah.
Akhirnya selamat kembali ke Kuala Pilah. Alhamdulillah perjalanan santai dan berjalan lancar.
Lokasinya berdepan dengan Pejabat Pos Kuala Pilah.
Singgah di Roti Canai Abang Terbang. Jangan cakap abang tak payung. Eh!!
Suasana di situ pada pagi hari Sabtu 5 September 2026.
Adakah ini abang terbangnya?
Roti kosong satu, Roti Jantan kalau tak silap + Kuah Kari Kambing.
Minuman pagi ini. Kopi Pilah katanya
Kasi selfie satu kali.
Pelanggan yang ke dua pagi hari tersebut.
Ni orang lain pulak. Mereka memakai Jersey bernombor 56. Apakah? Kenapakah?
Harga roti canai semasa.
Ada juga murtabak Singapura.
Suasana pada awal pagi hari tersebut.
Harap maaf ada getaran di situ.
Adakah ini kolam teratai. Destinasi seterusnya ialah di SERI MENANTI.
Akhirnya kembali ke sini.
Dua bulan lalu sampai sini dikala subuh hari.
Alhamdulillah di beri kesempatan untuk kembali ke sini. Rasa macam berada di Indonesia atau lebih tepat lagi di Padang @ Bukit Tinggi. Itu je tempat di Indonesia yang pernah aku pergi.
Matahari mula meninggi.
Jalan - jalan yang tenang dan damai di Seri Menanti.
Masjid.
Pintu Gerbang.
Bukti dah sampai lagi di sini.Tak ada pulak yang 'menanti' saya.
Terima Kasih MY SYV. Teman Setiaku. Dari Utara kini kita ke Negeri 9.
Bersama denganmu si burung - burung.
Bergambar dengan kamu... kamu...
Nampak cerah sikit kan.
Dan burung - burung berterbangan.
Tersesat di Istana. Pusing balik. Nasib tak ada pengawal.
Meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.

Bergambar kenangan lagi di sini.
Suasana sawah padi di Kuala Pilah.
Suasananya. Masih sunyi dan sepi.
Ada kedai makan juga di sini. 'kodai'.
.jpeg)
Ada tempat permainan juga.
Alhamdulillah kembali lagi ke Pekan Kuala Pilah.
Nota Kaki : Menuju ke destinasi dan tujuan seterusnya.



.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
br je balik dr Kuala Pilah. mission mmg food hunting. banyak yg dpt dijamah. best2 belaka.
ReplyDeleteNext trip saya nanti explore Kuala Pilah pulak.
DeleteJauh perjalanan tu. Ride santai kaedahnya ye.
ReplyDeleteRoti Canai Abang Terbang ni memang jadi pilihan ramai. Tak pernah lagi makan kat situ sebab biasanya ramai je. Kena pergi awal baru best kan, makan pun tenang-tenang je.
Best suasana di Pilah ni pagi-pagi berkabus macam kat cameron. Sojuk yo. Kodai Makan Ain tu pun tak pernah singgah lagi. Tapi pernah lah singgah situ sebelum kedai ain masuk situ, photoshoot kahwin belah suami kat area sawah pagi tu.
Insya-Allah, next trip akan pergi explore lagi Kuala Pilah.
DeleteJJCM sambil ambil gambar dengan alam semulajadi....kena buat juga la macam ni. Menarik juga.
ReplyDeleteBuat jangan tak buat. Pergi tempat2yang belum pernah kita pergi baru best.
DeleteRoti jantan kuah kari kambing tu nampak best pulak.
ReplyDeleteBanyak pilihan roti canainya. Kalau kari kambing dengan isi dan kuah lagi sedap sebenarnya.
Deletesyok jjcm tu..roti canai abg terbang..bila mkn tu rs nk terbang tk :)
ReplyDeleteTukang tebar roti canai tu yang akan beraksi 'tebar roti canai' ala2 cerita senario tu. Ada juga tebarannya melayang tak masuk ke kuali. ha ha ha
Deleteterliur plak tgk roti canai tapi tak leh lah nak mkn sbb MZ masih on diet programme
ReplyDeleteSemoga terus istiqomah untuk diet program tersebut. Saya pun tak hari2 makan roti canai.
Deleteabang terbang tu yang tembam2 baju hitam tu. ammi suka kopi ais dia...ngam sedap
ReplyDeleteHarap2 ada rezeki healing2 kat Kuala Pilah pulak lepas ini.
Delete