Dalam pukul 6petang aku keluar jalan - jalan. Lokasi pertama adalah di sini. Berhadapan Sekolah Menengah Kedah berdekatan Shahab Perdana (Hentian bas di Alor Setar).
Pertama kali di sini. Tetiba teringat Doremon. Eh!!
Pintu masuk.
Jomlah kita menyelam di sini. Cari kot - kota ada yang berkenaan.
Banyak juga pilihan. Marilah kita terus menyelam. Target utama nak beli seluar.Tapi....
Ada t-shirt murah 3 pada harga RM 10. Jadi sambarlah. Ada beli 1 seluar kerja (Tak ambil gambar).
Lokasi seterusnya ialah Mat Bundle kat Jalan Sultanah. Masa tengok kat google maps tak perasaan ini kedai bundle kasut.
Pintu masuk & keluar. Jomlah kita masuk.
Banyaknya kasut. Harga boleh tahan juga.
Akhirnya dapat juga makan kat sini. Zaman dulu masa tinggal area sini (Mergong) tak pernah pun nak singgah. Mungkin inilah harinya.
Yang ku nikmati.Koeyteow kerang special. Aku perasaan yang ambil order tu mesti akan tanya nak kerang ke udang. Nak tambah telur goreng tak?
Hidangan dinner untuk malam ini.
Muka ada happy. Jom makan. Nyum! Nyum!!
Ada juga menu lain.Nasi ayam pun ada. Nasi lemak + lauk pun ada.
Ada nasi lemak bungkus juga.
Dah seharian tak makan nasikan. Jomlah layan sebungkus.
Menuju ke tengah pekan yakni Bandaraya Alor Star. Shopping mall paling 'heaven' di sini. Dulu sebenarnya sebuah bangunan terbengkalai.
Menara Alor Setar yang ku rindui. Eh! tetiba..
Destinasi yang di tuju di perkarangan Menara Alor Setar.
Ada jualan di sini. Jom kita cuci - cuci mata.
Jualan di perkarangan Menara Alor Setar mengadap Aman Central Mall,
Apakah Setari? Malas nak cari. Ha ha ha.
Pintu masuknya. Ada gerbang comey gitu.
Ada yang dijual.
Macam - macam ada. Siap duit je.
Harga standart Food Festivallah.
Kembali ke Menara Alor Setar.
Sila abaikan rupa paras yang 'kegelapan' dan rambut yang serabai.
Lagi jualan kat kawasan atas sikit.
Di sebabkan aku dah makan jadi cuci - cuci mata sahajalah.
Kawasan riadah dan permainan di sebelah Menara Alor Setar.
Jomlah pusing kat bawah Menara ini.
Ada banner maklumat event di sini.
Kedai cenderamata. Tak ada satu pun yang menarik minat aku.
Ada jualan key chain huruf - huruf juga
Melintas jalan menuju ke perkarangan Aman Central Mall. Ada jualan khemah juga di sini.
Macam - macam makanan dan barang viral di sini.
Semuanya manis - manis. Hanya mampu telan air liur.
Macam - macam jenis dan jenama air juga ada di jual.
Selain dari air ada je juga perfume juga.
Ada juga jualan makan.
Macam - macam ada, siap duit je. Kat sini lebih target kepada generasi muda.
Ada persembahan busker juga.
Ada juga jualan bundle tapi tak berapa nak berminat.
Suasana di kala senja nan merah.
Yang terakhirnya. Banyak gerai sebenarnya. Ambil yang mana menarik je lah. Kemudiannya masuk sekejap dalam Aman Central Mall ambil 'angin'.
Dalam perjalanan balik singgah kat sini. Lokasi sebelum Stadium Darul Aman.
Tak berapa nak menarik dan tertarik.
Selepas penat berjalan. Rasa kelaparan yang terlampau. Singgah satu tempat makan ini. Dekat tepi traffic light nak ke Istana Anak Bukit. Nampak nasi lemaknya macam sedap. Terus order. Memang sedap dan kena pada tekak aku. Ini baru betul - betul nasi lemak menurut aku.


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)



.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
sedap sedap makanannya.. harga pun agak berpatutan.
ReplyDeleteAlhamdulillah.Begitulah harganya kalau di Alor Setar, Kedah
DeleteUit, balik kampung tak ajak ahaha...
ReplyDeleteLama tak pi Mergong. Ada kawan dekat Taman Wira tu dgn rumah lama Abang dekat area situ-situ (lupa nama tamannya).
Balik 'mengejut' saya pernah duduk beberapa bulan kat Tamn Wira Mergong tak ingat fasa ke berapa. Ke 3 kot.
Deletebahay masuk kedai bundle ni
ReplyDeletetakut tak jumpa pintu keluar je
hahaha
Alhamdulillah saya jumpa pintu keluar sebab cari apa yang perlu sahaja.
DeleteHaha rasa 20 thn lps kot jejak alor setar... .mmg kena gi lagi ni.. itu pun singgah pasar rabu ke pekan rabu eh 😅😅
ReplyDeletePekan Rabu yang buka hari - hari. Datanglah yang wajib pergi juga adalah Menara Alor Setar.
DeleteCutenya nama kedai bundle tu. Ceria nampaknya tuan blog.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Happylah dapat 'balik kampung' dan JJCM serta healing.
Deletekejap nak g cari entri 1st u ke kedah ni. teringin juga nak ke sana, alone.
ReplyDeleteKekadang kita perlukan ruang untuk sendiri dan 'healing'.
DeleteMZ tak de sedara mare kat kedah so mcm tak pernah jjcm or cuti2 malaysia ke sana..paling2 pun gi penang jer sbb adik MZ dok penang (keje kat USM)
ReplyDeleteNak datang jalan2 atau bercuti tak semestinya kena ada sedara mara. Kedah best wooo. Makan murah dan sedap2. Nak view cantik boleh 'panjat' dan menginap di puncak Gunung Jerai. Ala2 GH tapi tak sehebat CH la.
DeleteDorayakee tu macam nama kuih Doraemon la.
ReplyDeleteMungkin owner dia tue peminat 'Jepun' atau bundle tu dari sana. Kemungkinan juga peminat tegar doraemon.
Delete