732 - Festival Budaya Malaysia (FBM 2026) @ Taman Tasik Titiwangsa

shaizhar
16

 

Lepas habis kerja 11 September 2026 terus pecut ke sini. Sampai dalam 33 minit.

Ada lagi pintu gerbang.

Peta lokasi sebagai panduan Dan aturcara aktiviti sepanjang festival.

Ada persembahan yakni pertunjukan fesyen dari negara Vietnam 

Suasana petang hari tersebut.

Antara gerai jualan yang ada.

Yang manis - manis pun ada.

Deretan air balang warna warni.

Luas sungguh kawasan Tasik Titiwangsa INI. Jom teruskan ukur jalan.

Macam - macam pesta ada kat sini.

Antara port OOTD

Lagi deretan gerai jualan. Memang meriah.

Lagi deretan air balang warna warni.

Dah sampai Utaqa. Baru lepas habis persembahan pencak silat di iringi muzik tradisional

Macam - macam ada kat sini. Kena luangkan setengah hari kalau betul - betul nak nikmati atau layan setiap satu daripanya.

Kat sini pun ada lagi. Tak masuk pun.

Ada kenderaan lama/antik juga di pamerkan.


Lagi peta panduan dan maklumat untuk pengunjung.

Tengoklah petaka baru tahu bertapa luas sebenarnya Tasik Titiwangsa ini. Berapa kali ganda agaknya kalau dibandingkan dengan Tasik Kelana Jaya dan tasik - tasik yang ada di Malaysia ini.

Dah sampai dekat perkampungan orang asli. Tak pasti pulak dari negeri mana.

Ada persembahan tarian kebudaya mereka.

Ada juga jualan buah - buah dan produk mereka.

Lagi kawasan jualan.

Dah sampai ke negeri Sabah. Boleh bah kalau kau!

Mungkin ini konsep atau replika rumah panjang kot! ke salah.

Dah masuk areas Festibal Citarasa pulak.

Macam - macam makanan & minuman. Ada satu gerai tu beratur panjang.Kalau tak silap jual 'serabai'. 

Terliur bila tengok balang - balang minuman ni. Hanya mampu telan air liur sahajalah.

Ada jual rojak buah. Baru teringat kuah rojak yang aku beli masa balik Kedah belum di rasmikan. Nak kena cari buah potonglah kalau macam itu.

Deretan jualan aneka kerepek.

Ruangan duduk - duk dan santai - santai pun ada.

Berada di kawasan Tourism Malaysia. Mungkin ada antaranya lepas MATTA Fair terus  sambung kat sini pulak.

Tak banyak.Tapi ada.

Ada juga farm fresh.

Lagi pempamer yang terlibat.

Pintu gerbangnya.

Bersama maskot Tahun Melawat Malaysia. Ada namanya, tapi lupa.

Lagi satu keping untuk kenangan.

Ni kalau Najla Nazihah tengok ini mesti dia suka.

Ada juga pameran lukisan. Datuk Imuda pun ada. Segan nak ambil gambar.

Lagi yang berjualan.

Ada pentas besar juga.

Ni kawasan Budaya India. Untuk budaya Cina tak perasaan pulak. Mesti ada punya nama pun Festival Budaya Malaysia kan.

Lagi gerai jualan.

Suasana petang di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur dan cuaca berjerubu,

Bahagian tepi pulak belatar belakangkan Istana Budaya.

Kasi selfie satu kali.

Panduan yang macam ini yang kita inginkan.

Lagi hasil karya seni dari insan - insan berbakat.

Memang luas kawasannya. Rasanya tak sampai 50% pun kot yang aku jelajahi. Ada lagi kawasan - kawasan gerai jualan dan pameran lain. Tak terjangkau nak cover semua. Yang mana yang termampu je lah. Entry ini auto update jadinya hanya keluar selepas acara tersebut dah habis,

Nota Kaki : Kalau sesiapa yang mengenali aku dalam dunia blog ini aku adalah sejenis yang suka pergi Karnival, Festival, Pesta dan yang sewaktu dengannya. Terutama yang melibat pelanconga, kesenian, budaya, muzik, buku serta makanan & minum dan tak terkecuali berkaitan haiwan peliharaan terutamanya kucing.

Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Aku pergi jugak ke sini bawak mak aku Jumaat tu. Masa tu belum rancak lagi, ada gerai yg baru nak set up tapi dah banyak jugak yg dah mula jualan. Tak boleh bayangkan pergi hujung minggu tu mesti penuh parking dan ramai giler orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah Tasik Titiwangsa mana pernah tak meriahnya.

      Delete
  2. Tak tahu pulak ada festival ni. Banyak booths tapi orang macam tak ramai . Ke sbb dah petang...
    Maskot tu nama Wira & Manja, tak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pergi petang jumaat di hari pertama, memang tak ramai orang sebab hari kerja. Tapi ada je orang.

      Delete
  3. nampak byk sungguh boothnya tu...memang shai boleh dpt gelaran duta karnival hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak. X sempat pun nak xplore semua. Ha ha ha duta karnival katanya. Dah macam kedai pakaian pulak.

      Delete
  4. Meriah betul event ni ye. Sy x sempat nk pegi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada banyak lagi event/expo/festival setiap minggu.

      Delete
  5. lama tk ke titiwangsa..ada festival budaya mmg syok jln2 situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambil2 jalan - jalan cuci mata.Nasib tak tercuci poket sekali.

      Delete
  6. Meriah ekkk... ni kalau weekend mau sesak.. tu yang maleh kalau nak jalan tempat gini.. Jb pun sama sana sini festival

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini memang meriah. Macam2 Pesta/Festival/Expo dll. Ni hujung minggu ini ada lagi.

      Delete
  7. Fuhh..Jenuh mengukur jalan. Sambil jalan dapat kumpul steps, dapat tengok persembahan, membeli belah apa yang patut dan dapat info jugak kat sini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan2 sambil mengukur langkah je. Tak membeli pun.

      Delete
  8. Acara macam ni memang menarik sebab dapat tengok kepelbagaian seni dan budaya dalam satu tempat. Banyak juga momen cantik untuk dirakam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah.Walaupun tak dapat nak explore semua tempat dan kawasan yang sangat luas.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !