726 - Kisah di MATTA FAIR 2026 (04 September 2026) @ MITEC

shaizhar
18

 

Akhirnya setelah sekian lama. Kembali ke Pesta Pelancongan Malaysia yakni MATTA FAIR. Edisi Sep'26. Lokasi kali ini di MITEC, Kuala Lumpur. Berlangsung dari 4 Sept 2026 sehingga 6 Sept 2026.

Aku pergi hari pertama iaitu Jumaat selepas habis kerja. Perjalanan dari Bandar Sunway mengambil masa sekitar 30 minit. Sampai sekitar 6.00 petang. Tiada bayaran dikenakan. Seingat aku dulu kena bayar.

Apakah itu MESTI?

MAS pun ada. Dah 2 tahun tak terbang. Semoga ada rezeki selepas ini.

International kat level atas. Fuh! selamat. Di sebabkan target aku hanya dalam negara jadi kita pergi kat level ini sahaja. 

Ada contest juga.

Ya! saya dah selamat sampai dan datang di sini. Ini pintu masuknya.

Di sambut dengan both SABAH. Lalu je.

Yang meriah ini ialah SARAWAK.

Berjaya group pun ada. Hanya lalu sahaja.

Jom kita melantak sample yang manis - manis. Nyum!! Nyum!!

Ada juga jualan produk Sarawak.

Ada juga persembahan kebudayaan. Try live di Tik Tok. Line CelcomDigi tidak memberi kerjasama.

Rindunya nak pergi cuti - cuti di Borneo. Bilakah?

Tetiba dah sampai je SELANGOR.

Tertiba sesat ke Kelantan.

Boleh tak lepas ini aku cari tiket kapal terbang murah bawa anakku pergi Kelantan atau Terengganu balik hari. Tiada yang mustahil kan.

Ada pentas kecik kat tengah2 Hall ini. Ada kerusi juga boleh duduk - duduk.

Suasana di both Farm Fresh.

Ada juga jualan produk Farm Fresh.

Masih lagi di Selangor. Tak pernah sampai lagi Muzium ini. Mungkin boleh rancang bawa anakku jalan - jalan di Shah Alam selepas ini.

Selangor Fruit Valley, dulu masa kecik selalu bawa anakku ke sini. Sekarang harga boleh tahan tau.

Apa kah?

Yang suka Go - cart boleh lah try test & cuba.


Dah sampai ke I City, macam - macam ada di sini. Skip je. Dah pernah bawa anakku ke sini.

Hiasan yang menarik. Nak minta sikit boleh ke?

Dah sampai JOHOR. Macam erm......

Tetiba tersesat di PAHANG.

Tak pernah lagi pergi Water Theme Park ini. Semoga ada rezeki bawa anakku ke sini. Dia memang spesis yang suka berenang.

Legoland di sini. Warna - warni bothnya.

Ada orang ye dalam maskot ini.

Pintu gerbang LEGOLAND.

Sunway Lagoon pun ada. Theme Park di Subang Jaya.

Kembali ke KL/Putrajaya.

Lalu di sini. Tempat jatuh bangun ku. Ynag lelaki duduk sebelah kiri tu. Aku kenal tapi tak rapat sangat.Mungkin dia pun dah lupa siapa aku. Dah tinggalkan tempat itu 16 tahun lamanya.

Konsep both dia staff kat dalam.

Petrosains pun ada di sini.

Hanya pandang2 jeling2 sahaja.

Dah sampai Penang.

Warna warni. Both dia dah dekat nak hujung - hujung.

Pulau Pangkor yang dah lama tak ku pergi.

Melaka pun ada.

Both muzium - muzium di Melaka.

Akhirnya buat keputusan beli yang ini untuk diriku dan anakku. Najla Nazihah belum pergi tempat ini. Insya-Allah rancangnya nak pergi bulan Oktober'26.

Dapatlah berjimat cermat sikit. Ada potongan dari harga asal.

Gambar terakhir sebelum melangkah pergi.

Nota Kaki : Ada banyak je pilihan pakej hotel yang menarik antaranya Strawberry Resort di Cameron Highlands. Pakej KL Bird Park dan lain - lain. Mungkin kali ini pilih beli pakej ini dulu. Tahun depan kalau ada rezeki akan dapat hadir di MATTA Fair lagi.

Tak pergi pun dekat International Both/Hall. Tak ada apa pun nak ditengok. Malas nak membuang masa tepat 7pm terus melangkah pergi meninggalkan lokasi dengan harapan ada ada rezeki kembali di edisi MATTA Fair yang mendatang.

Post a Comment

18Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ehem... ada gambar 'air tangan' uncle kat Matta tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh! ye ke. Tak perasaan pulak. Air kaki ada juga ke?

      Delete
  2. Seronok baca pengalaman di MATTA Fair 2026 ni, meriah betul suasananya 😊 Memang kena kuat iman tengok macam-macam pakej travel menarik, rasa nak bercuti terus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya since 1998 dah biasa dengan Matta fair ni. selalu je ikut promosi dan jualan di seluruh semenanjung Malaysia.

      Delete
  3. Sejak pindah ke MITEC blm pernah jejak lagi matta ni 😅😅

    ReplyDelete
  4. Hari tu tengok dekat paper The Star ada promo la Mas, Firefly utk domestic routes. Cuba check, kot ada rezeki utk Najla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum rezeki kot. Poket pun kempis. Ha ha ha

      Delete
  5. menarik jugak mcm2 pakej cuti2 msia yer tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang kan Tahun Melawat Malaysia sampai 2027. Jadi macam - macam pakej dan tawaran ada.

      Delete
  6. Best juga cuci mata tengok apa yang menarik di sini. Kalau menarik boleh membeli. Bagus juga tu ada persembahan kebudayaan.
    Senang kan kalau naik flight je ke Ganu dan Kelantan tu. Rasa jauh betul nak sampai.
    Alhamdulillah..dapat juga pakej yang berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki anakku dapat pakej pergi theme park dlm mall. Dlm perancangan tengah nak pilih tarikh yang sesuai.

      Delete
  7. Jangan lupa simpan resit utk claim pelepasan cukai nanti.

    ReplyDelete
  8. lama tk pegi matta fair..dlu2 suka juga beli pakej cuti2 kt matta fair

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Dulu banyak hotel dan tempat2 percutian yang joint. Skrg dah tak semeriah dulu. Hotel2 besar je yang joint @ yg ada bajet je kot buka both kat sini.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !