724 - Kisah di MAHA 2026 (Episod Awal)

shaizhar
12

Ada yang pergi ke?

Apa yang dirancang tak semestinya menjadi kenyataan. Plan asal nak pergi hari sabtu 5/9/26 tapi...

Pada 3 Sep'26 lepas hantar anakku kat mummy dia kat ofis terus aku gerak - gerak khas ke MAHA 2026 kat MAEPS Serdang. Kenderaan berpusu - pusu masuk. Beribu - ribu kereta berpakiran di sana dan sini.

Akhirnya jumpa tempat letak motor. Tapi rupanya kat bahagian - bahagian atas ada je orang parking motor. Tak payah nak panjang bukit ke Dewan - dewan kat bahagian atas sana tu.

Ada peta di situ. Aku tak pergi yang bahagian jualan sahaja. Yang pameran ternakan dan yang lain aku tak pergi.

Suasana petang hari Khamis sekitar jam 4.00pm lebih kurang.

Aku ambil gambar kat bahagian yang tak ramai orang sahaja. Yang ramai umat manusia ada juga ambil sikit - sikit bukti beribu orang berkampung di sini. Silap2 berbelas ribu sebab kawasannya luas ibarat pesta. Tambah - tambah cuti sekilah pulak kan.

Ini penaja utama. Khemah pun besar.

Jom kita jalan - jalan ukur kawasan. Ini kat kawasan khemah putih.

Ada F&N mungkin antara penajanya.

Ada Buggy rental service. Tak tahu pulak berapa harganya.

Ada jualan cenderamata MAHA 2026

Kalau pergi hari teakhr nanti ada diskaun tak?

Lauitan manusia yang tengah menunggu nak naik bas. Ada lagi depan - depannya orang tengah beratur (tak ambil gambar).

Jom kita masuk dalam khemah besar ini.

Best datang MAHA boleh rasa macam - macam sample. Termasuk beraneka macam buahan - buahan.

Ada pentas juga di dalam ini.

Menarik sekali. Tapi tidak tertarik nak membeli.

Suasana di khemah yang menjual beraneka macam buah - buahan.

Singgah merasa buah - buahan yang dipotong. Kalau ada kita singgah ngap!!

Durian pun ada.

Bunga orked yang berwarna warni.

Suasana di sini. Aku ambil gambar dari belakang agar tak nampak muka mereka. Aci kan?

Ada macam jenis buah nenas.

Yang ini pun ada. Tak merapat dekat pun takut terjebak.

Ni dekat area hujung - hujung tak ramai orang.

Ada lagi khemah - khemah kat sini.

Ada juga tempat duduk2 untuk makan dan minum. Ada yang berjualan juga di situ.

Jom kita meneruskan perjalanan.

Ada khemah putih besar lagi kat sini.

Ada jualan dari Felcra, tak masuk pun

Tempat yang menarik berkonsepkan tradisional.

Ada perkampungan orang asli kat sini.


Seterusnya kita masuk sini. Banyak jualan produk usahawan desa.


Macam menarik jadi aku ambil gambar.

Antara peniaga yang ada.Berpuluh peniaga juga dalam ini.

Dalam perjalanan keluar ternampak peniaga ini tengah sembur air bagi segar sikit pokok - pokok itu. Kasi dia minum air.

Peminat orked patut masuk dan singgah sini.

Jom kita menuju puncak. Ke dewan - dewan kat bahagian atas bukit ini.

Nota Kaki : Bersambung pada Episod Akhir kisah di MAHA 2026.

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Pergi juga ke MAHA 2 kali tapi tak cover sini. Cover LKIM dan Pavilion Negeri selain lampu2 di Laman Agrinova dan makan di dewan besar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak tak pergi area sana. Semoga ada rezeki di edisi - edisi mendatang

      Delete
  2. ari tu baca psl MAHA ni kat blog ezna...saya tak mampu nak gi sbb agak jauh dari gombak dan memang tak tahan nak gi tmpt crowded gitu :p zmn2 muda dulu (umur 203 dan 30s) ada jer gi tmpt2 gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang ada pilihan dan kehendak masing2. Yang suka mesti happy dapat pergi tempat - tempat macam ini.

      Delete
  3. Naik motor senang kalau pameran besar-besar gini,
    PH tak pernah ke MAHA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang ada motorsikal sahaja. B40 lah katakan.

      Delete
  4. syok pi maha...kita last bertugas thn 2018 tu pn tk sempat nk round smua hall

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kalau ada masa & duit, ni pun x cukup masa dan x berapa nak ada duit. Tetiba bateri HP pun 'kong' jadi x dapatlah nak teruskan perjalanan yang selanjutnya.

      Delete
  5. Lagi senang naik motor dapat sampai terus ke atas kan. Boleh elak jem melekat juga, cepat sampai. Meriah betul ramai orang dan jualan. Bukan kena sedia modal yang banyak je, kena sedia mental dan fizikal yang kuat jugak ni dengan berjalan jauh dan sesak ramai orang. Tapi puas hati lah kan dapat cuci mata dan cuci poket sekali. hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang memang senang tapi kalau berhajat nak beli macam2 kena sewa lori. ha ha ha. Best dapat rasa mcm2 sample free. Bukan shj buah, makanan dan minuman.

      Delete
  6. Mak aku teringin nak pergi ke MAHA tapi kiteorang takut dia tak larat pulak sebab kawasan tu besar dan mak pun dah tak sekuat dulu nak berjalan-jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak sesuai sangat untuk warga emas tapi kalau ada bajet boleh je sewa buggy.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !