Akhirnya, impian jadi kenyataan. Dah lama nak ke sini tapi 20 Jun 2026 baru sampai.
Masjid Sri Sendayan. Adakah yang belum pernah sampai ke sini?
Seni bina yang sangat indah.
Seperti berada di luar negara masa kejadian adalah sekitar 9.30am lebih kurang.
Langit yang sangat biru dan awam putih menghiasi langit di pagi ini.
Ambil dari bahagian tepi pulak.
Ada papan pertunjuk arah untuk memudahkan orang ramai.
Landskap dia pu menarik ye. Nak je ambil gambar dengan pokok2 tapi al - malas mau pasang tripod.
Alhamdulillah ada tempat boleh letak HP dan pasang timing. Bolehlah daripada tak ada.
Dari bahagian tepi kiri pulak. Ramai je orang kat sini.Ada juga yang sedang/akan menikah pagi hari kejadian ini.
Suka gambar kat lorong macam ini.
Lagi pertunjuk arah.
Akhirnya. Inilah gambar selfie yang terbaik pada pandangan anak mata aku.
Sebelum melangkah pergi.
Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke sini.
Check in pukul 2 pm sekarang baru 10am. Ayuh kita pergi buang masa.
Nak tengok filem apa?
Akhirnya filem ini jadi pilihan. Pelakon dia 6 orang je. Latar tempat dia pun kat situ - situ sahaja.
Harga tiket pagi ini RM 13. Tak beli minuman dan makanan. Ingat dulu tahun 90an tiket RM 3 ke 4 je kot! Pertama kali di Palm Mall.Tak pusing2 sangat dalam ini.
Menanti waktu untuk masuk ke Hall 7. Cerita dia? Erm.. ceritamya telah buat aku tertidur. Rasanya tak sesuai tengok wayang sekarang ini sebab spek mata aku kan dah patah.Belum buat yang baru.Nikmat melihat skrin besar tanpa mata tambahan adalah sukar. Dengan kesejukan dalam ini aku tertidur di awal cerita. Kesimpulannya biasa - biasa sahaja. Tak terlalu menakutkan pada aku. Tapi pelakon kanak - kanak tu memang terbaik! mungkin boleh menang Pelakon Kanak - Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia yang akan datang.
Pusing - pusing cari makan. Akhirnya pilihan berhenti disini. Orang boleh tahan ramai dan hampir semua meja/kerusi di penuhi dengan berbagai kaum dan agama.
Ayuhlah masuk. Konsep dia self-service. Beratur pilih cendol dan terus bayar. Harga cendol aku RM 4.00. Ada jagung dan kacang.
Nak order rojak pulak. Aku pilih sahajalah Rojak Mee pada harga RM 7.50
Rupa paras cendol dan rojak mee.
Cendol seperti lazimnya sangat manis. Rasanya sederhana sahaja.
Zoom supaya jelas. Pada tekak aku kurang masin. Cucur dan bahan dia macam kurang, Banyak taugeh. Bolehlah nak makan. Untuk datang lagi mungkin tak.Ada juga jual nasi lemak bungkus dan gerai minuman.Kalau tak nak minum cendol ada je jual air panas dan sejuk.
Dah lepas 2pm boleh lah check in hotel.
Lokasi pilihan ialah Seremban Inn. Depan dia ada kedai saka eco-shop RM 2.60 dan juga KFC.
Pintu masuk untuk check in. Tak ada ambil gambar kat kaunter receptiont. Tapi proses sangat cepat dan lancar. Dapat bilik tingkat 3.
Rak baju yang dah uzur. Tapi bolehlah nak letak dan gantung - gantungan.
Bilik air yang seperrti lazimnya.Jelas kelihatan hotel ini memang dah lama dan usang.
Tapi bolehlah. Tak terasa nak pilih lokasi lain sebab kat sini macam okay je.
Alhamdulillah dapat tidur dengan lenanya. Masa sampai dapatlah baring - baring jap.
Siaran TV pun terhad.Tapi bolehlah daripada tak ada. Harga bilik satu malam RM 109 selepas campur ini dan ini.Kira okaylah sebab check ini hari Sabtu kan.
Nota Kaki : Bersambung di episod malamnya pulak. Ke manakah?


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)



.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.