Pagi ini ayuh kita sarapan buffet style lagi. Lokasi masih di Seremban. Masa lalu kat sini dalam 7.25am masih belum ada orang dan tak buka lagi (Tak ambil gambar)
Waktu sampai kali ke dua dalam pukul 7.40am. Baru dibuka. Dan orang mulai ramai.
Ada khemah juga kat tepi kiri Restoran ini.
Ayuh kita masuk.Nasib malam semalam tak makan nasi hanya bihun goreng dan sate.
Buffet Sarapan pada harga RM 10.00 nett seorang. Konsepnya bayar dulu.
Bahagian minuman panas ada teh o, kopi o dan teh tarik (yang manis).
Bahagian pecal.
Ada hidangan lain. Yang aku tak ambil ialah lontong dan spagetti.
Round 1. Dari atas kanan Teh o segelas. Mushroom sup secair - cairnya. Ada nasi goreng yang nampak biasa tapi cukup rasa dan sedap pada tekakku. Ada mee goreng dan bihun goreng yang macam tak cukup garam.Eh! seriuslah ke aku ini spesis kuat masin?
Bahagian roti - rotian.
Ambil 2 biji telur separuh masak ini. Ada aku nampak meja sebelah 3 beranak je telur dia ambil dekat berbelas bijik.Dalam hati, dia orang ni belaka saka ke? Tapi kalau bab badan memang keluar yang comel2 lah (bukan nak body shaming).
Roud 2. Ambil nasi lemak. Sambal tak kena pada anak tekak, nasi ambil sikit sahaja. Repeat ambil nasi goreng.
Kasi up lagi sekali. Bayar dahulu ye di kaunter (tak ambil gambar juga).
Ada ubi rebus. Dah lama tak makan. Ingat - ingat lupa dah cara makan dia.
Roud 3, ambil sikit2 sahaja. ada roti telur, pecal, nasi impit 2 ketul dengan kuah kacang. Mee rebus kot! dan juga ubi rebus. Yang paling win ialah roti telur.Patutlah laju je habis.
Lauk pauk dan nasi minyak.
Round 4, ambil lempeng, pulut kuning dan 2 ketul cucur/jemput-jemput. Lauk tu organ dalaman je.Bukan isi ayam/daging. Limpa masak gulai kawah dengan satu lagi tak tahu apa nama dia berserta nasi minyak.Biasa - biasa sahaja.
Bahagian bubur - bubur. Ada bubur kacang hijau dan kacang merah.
Ada roti canai frozen yang tak berapa nak kena dekat tekak serta kuah dal. Ada roti jala yang masih dalam proses.
Ada juga air balang. Yang kiri ini ada 3 balang.
Yang kanan ada dua balang berserta air putih.
Round 5 dan terakhir. Manis - manis pulak. Bubur tu sangat tawar.Macam biasa menjadi kanak - kanak riang. Ambil juga 2 hirisan walfer dan sekeping roti canai yang tak berapa nak kena dekat anak tekak.
Resit harganya, Ya benar RM 10 sahaja seorang. Berbaloi ke berbaloi sangat?
Nota Kaki : Kalau bukan 'kaki makan'. Memang tak berbaloi datang tempat macam ini. Aku rasa kalau kat luar mahu hidangan aku ini dalam RM 15- RM 20. Apa kata anda?


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.