Selamat Hari Lahir Ke-9, Puteri Daddy, Najla Nazihah ❤️
Assalamualaikum sayang Daddy,
Hari ini genap usia Najla 9 tahun. Walaupun Daddy dan Mummt sudah membawa haluan masing-masing, kasih sayang Daddy terhadap Najla tidak pernah berkurang walau sedikit pun.
Daddy bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang anak yang baik, kuat, bijak dan sentiasa menceriakan hati Daddy. Setiap senyuman Najla adalah kebahagiaan yang tidak ternilai buat Daddy.
Pada hari istimewa ini, Daddy mendoakan agar Najla sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan pelajaran, menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan akhirat, serta sentiasa membesar dengan penuh kebahagiaan dan kasih sayang.
Semoga Najla sentiasa kuat menghadapi kehidupan, menghormati Mummy dan Daddy, rajin belajar, serta menjadi insan yang membanggakan keluarga suatu hari nanti.
Ingatlah sayang, walau apa pun yang berlaku dalam hidup, Daddy akan sentiasa menyayangi Najla, mendoakan Najla, dan sentiasa ada di hati Daddy.
Selamat Hari Lahir Ke-9, Puteri Kesayangan Daddy. 🎂🎉💜🩷
"Semoga Allah mengurniakan Najla Nazihah kehidupan yang penuh keberkatan, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kejayaan yang berpanjangan. Aamiin Ya Rabbal Alamin."
Dengan penuh kasih sayang,
Daddy Shaizhar❤️



Selamat Hari Lahir buat Najla Nazihah. Semoga Allah makbulkan semua doa Daddy Najla untuk anak kesayangan 🤲🏻 Ameen YRA
ReplyDelete