Setelah sekian lama.Akhirnya mencemar duli ke Pasar Saloma. Tarikh kejadian adalah pada 18 Jun 2026 selepas balik kerja.
Mulakan langkah dari arah sini.
Jualan Rojak, Cendol & ABC
Ada jualan jeruk. Aku tak minat jenis makanan macam ini.
Sini ada jual Popia dan Tahu Bakar.
Deretan aneka macam air balang.
Petang yang damai dan tak berapa nak ramai orang, jadi tak bersesak sangat.
Macam - mana jenis jualan. Siap duit sahajalah.
Ada jualan aneka dimsum. Macam menarik.
Yang mana minat milo bolehlah beli. Teringat zaman sekolah dulu ada lori milo datang ke sekolah.
Tempat untuk duduk dan makan - makan/ minum - minum.
Biasanya sebelum 6 petang akan ada program berkongsi rezeki.
Kat tepi ini ada tempat anak - anak menangkap ikan.
Macam - mana menu kan. Rambang mata tak tahu nak makan atau beli apa.
Akhirnya aku pilih yang ini.
6 ketul pada harga RM12. Ada yang tak berapa nak masak.
Antara menu yang peniaga kongsikan kepada pengujung (sedekah)
.jpeg)
Antara rezeki yang aku ambil. Masa tu aku memang dah duduk kat meja makan area situ menikmati dimsum yang biasa - biasa sahaja. Alhamdulillah rezeki, kali terakhir masa kat Pasar Saloma di Kelana Jaya. 2 tahun lepas kalau tak silap. Ke memang silap.
Ayam korea ke ni? Ntah la. So - so je. Apa pun terima kasih yang berkongsi rezeki. Yang penting habis.
Gambar pun macam apa je kan. Tak pe janji ada. Ni peniaga last yang berkongsi rezeki iaitu keropok lekor. Bolehlah buat rasa - rasa. Dah makan tiga jenis ni terus gerak - gerak khas.
Nasi ayam kicap adalah menu kegemaran anakku Najla Nazihah.
Ini perniaga yang berkongsi rezeki iaitu Pisang Goreng.
Ada juga Kunafa di sini
Nota Kaki : Banyak je gerai jualan lain. Ada banyak juga yang manis - manis yang berkuah/bersup.
Tak berlama - lama terus gerak balik. Sekarang area Taman Medan memang meriah dengan durian. Kiri kanan depan belakang banyak gerai buah durian serta buah - buahan yang lain.

.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
Meriah dengan jualan makanan yang menarik. Tak pernah lagi sampai dekat Pasar Saloma ni.
ReplyDeleteBoleh dikatakan setiap minggu dia orang pergi dekat tempat berbeza.
DeletePasar saloma ni ada di tempat lain? Macam pernah dengar namanya. Bagus depa berkongsi rezeki, moga bertambah laris jualan 🤲🏻
ReplyDeleteDia memang bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Yang suka makan/minum bolehlah singgah sini.
DeleteWah x pernah jejak lagi ni pasar saloma... pelbagai jenis gerai ye... konsep mcm pasar malam ye
ReplyDeleteYa. Macam2 ada. siap duit je.
DeletePasar ni setiap hari ke? atau hujung minggu jerr.. punya banyak makanan.. habis gakk ratus ni kalau tak kontrol nafsu hahahaha
ReplyDeleteBiasanya khamis, jumaat, sabtu & ahad. Lokasinya berbeza - beza. Ada je info dia kat FB. Taip je Pasar Saloma.
Deletesinggah sini
ReplyDeleteTerima kasih sudi BW sini
Deletesiap ada free food yer,..ok sgt tu..kira rezeki wpun taste-wise so-so jer
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki. Sebelum ini pernah dapat makan free ini masa dia orang buat kat Kelana Jaya.
DeleteAda sangkut paut dengan lintasan saloma tak?
ReplyDeleteAda kot! antara sedar atau tidak. Yang penting dia orang guna nama 'Saloma' untuk menarik perhatian masyarakat majmuk.
Delete